Wednesday, January 11, 2012

:. ZAKAT BAGI SAHAM DAN BON .:

ZAKAT BAGI SAHAM DAN BON (m/s 41)

Saham hukumnya halal, selama mana syarikat ini menggunakan duit saham untuk bermuamalah @ menggunakan duit pada perkara yang halal. Sekiranya syarikat tadi guna untuk buat perkara yang haram contoh seperti kilang arak @ niaga arak @ perkara-perkara yang diharamkan, maka saham tadi menjadi haram.

Bon  tidak sama seperti saham, kerana ia terlibat dengan riba’, melainkan apabila mendapat  pengganti syarak contoh bon pinjaman yang diharuskan oleh ulama’ syariah iaitu konsep mudhorobah, dan faedahnya hukumnya halal.

Bagaimana  hendak keluarkan zakat dari saham dan bon? (m/s 42)

Ada dua pendapat iaitu :

Pendapat 1:  mazhab  SHEIKH ABDUL RAHMAN ISA, melihat kepada saham dan bon itu tidak kisah sama ada perkilangan, perdagangan @ perlombongan…. Bagaimana???

~ Syarikat saham itu merupakan syarikat perkilangan, yang dikhususkan sekiranya ia tidak melakukan perdagangan seperti syarikat sutera  @ batik , alat-alat pendingin,hotel, pengiklanan, syarikat daratan dan lautan dan udara. Maka tidak wajib zakat pada saham mereka kerana nilai bagi saham ini bergantung kepada alat pengurusan, bangunan, dan apa yang lazim bagi pekerjaannya. Maka apa-apa keuntungan saham ini dimasukkan ke dalam harta pemegang saham dan dizakatkan bersama-sama dengan zakat harta.

~ Sekiranya syarikat saham itu syarikat perdagangan, yang dikhususkan membeli barangan dan menjualnya tanpa proses perpindahan bagi barangan ini, contoh seperti menjual barang-barang yang dikeluarkan oleh mesir, dan syarikat perdagangan asing, syarikat dan pengeksport @ syarikat perkilangan perdagangan iaitu syarikat yang mengeluarkan barangan @ membelinya, kemudian berlaku padanya perpindahan pekerjaan  contoh seperti syarikat petrol, syarikat kapas @ sutera, syarikat besi, maka syarikat yang disebutkan tadi wajib dikenakan zakat.


Beza antara syarikat perkilangan  & syarikat perdagangan

SYARIKAT PERKILANGAN
SYARIKAT PERDAGANGAN
Barang-barang tidak dikenakan zakat kerana mesin-mesin itu bukan nak jual tetapi buat kerja. Tiada proses perkembangan pada mesin itu.
Barang-barang dikenakan zakat kerana ia adalah perdagangan yang berkembang iaitu mengeluarkan dan menjual.

Kewajipan zakat pada saham syarikat yang melakukan perdagangan, dikira nilai saham dan bon bersama-sama dengan nilai bangunan, alat dan barangan yang dimiliki bagi syarikat ini iaitu ¼  dari modal @ lebih @ kurang.

Pendapat 2:  Ikhtibarkan saham dan bon sebagai barang yang hendak diniagakan iaitu mazhab SHEIKH ABU ZAHRAH , ABDUL RAHMAN HASAN DAN ABDUL RAHMAN. (pendapat kedua ini tidak dikira perkilangan @ perdagangan, maka kesemuanya wajib dikenakan zakat. Dikira daripada kesemuanya sekali , tiada perbezaan.)

~ Saham dan bon  merupakan harta yang diambil bagi perniagaan, bagi pemiliknya mereka melakukan belian dan jualan. Dan mereka berusaha daripadanya sepertimana  usaha setiap perniagaan daripada barangan mereka. Nilai bagi saham dan bon itu, berbeza pada jualan dan belian daripada nilai normal. Maka ini diikhtibarkan bahawa barang yang hendak diniagakan. Maka berhaklah untuk kita mengatakan bahawa ikatan saham dan bon itu  ikatan bagi zakat contoh seperti kesemua harta-harta perdagangan.

Adakah wajib atas syarikat keluarkan zakat? (m/s 47)

Sekiranya diikhtibarkan bagi saham ini merupakan modal perniagaan, dan kita jadikan daripadanya zakat perdagangan, maka adakah boleh untuk kita jadikan syarikat yang menjadikan modalnya itu daripada saham tersebut zakat ke atas keuntungan???

Mazhab SHEIKH ABU ZAHRAH, ABDUL RAHMAN HASAN  dan  ABDUL WAHAB, apa yang diambil daripada saham dan bon bagi siapa yang berniaga bukan diambil daripada syarikat sendirian, kerana syarikat yang diambil daripadanya zakat iaitu syarikat yang diikhtibarkan harta syarikat yang berkembang daripada perkilangan @ selain daripadanya.

Saham merupakan harta yang berkembang  dengan kita ikhtibarkan ia sebagai barang yang hendak diniagakan.

PENDAPAT YANG DIPILIH : Memadai salah satu daripada dua zakat. 

1.       Zakat daripada nilai saham beserta dengan keadaannya dengan kadar  ¼  @ 2.5%.

2.       Zakat daripada produk @ hasil syarikat 1/10 daripada untung bersih.

Tidak boleh menggabungkan dua zakat, memadai salah satu sahaja.

-والله اعلم-








No comments:

Post a Comment