Friday, January 13, 2012

:. ZAKAT MODAL YANG DIGUNAKAN .:


ZAKAT MODAL YANG DIGUNAKAN UNTUK PERKEMBANGAN (m/s 49)

Apa dia modal yang digunakan untuk perkembangan?

     1.       Ia merupakan pemilikan aset yang berpindah @ tidak yang berhasil dengan pengetahuan yang satu, bukan dengan tujuan  untuk pindah @ jual, tetapi kita gunakannya untuk penggunaan yang berterusan bagi tempoh yang panjang. Contoh seperti mesin.

     2.       Ia merupakan pemilikan aset yang berpindah @ tidak, sama ada yang boleh dipegang @ tidak, yang berhasil dengan pengetahuan yang satu , bukan dengan tujuan untuk jual @ pindah, tapi digunakan untuk tempoh yang berpanjangan. Contoh seperti  mesin.


Pengertian yang kedua ini diikhtibarkan pemilikan selain dipegang iaitu hak-hak moral daripada kalangan modal tetap, dan kebanyakan peniaga ambil pengertian kedua ini.

Apakah yang terkandung dalam modal tetap? (m/s 50)

a.       Aset projek perkembangan yang  berpindah. Contoh : kilang, mesin, alat balut, alat bungkus, alat pemprosesan.

b.      Aset projek perkembangan yang berpindah yang dijadikan untuk manfaat. Contoh : perabot  yang dikhususkan bagi pengurusan projek.

c.       Aset projek perkembangan yang tidak berpindah. Contoh : tanah dan bangunan.

d.      Aset projek perkembangan yang berpindah khas dengan berpindah. Contoh : kereta.

e.      Aset projek  perkembangan yang  tidak dipegang seperti hak-hak moral daripada  pelepasan rekaan @ hak penggabungan dan penyebaran @ populariti  dan dinamakan perniagaan dan lain-lain.

 
Hukum zakat barang harta pada perkembangan? (ms 51)

Ulama’ bersepakat :
·         Barang harta yang diambil yang dijadikan bagi melangsaikan hajat dari hajat individu. Contoh : perabut & pakaian.



·         Setiap apa yang digunakan oleh manusia daripada barangan-barangan, sama ada dulu dan kini. Contoh: kereta & peti ais. Tidak wajib padanya zakat kerana ia merupakan keperluan asas.




Terdapat  perbezaan pendapat disini, sama ada harta ini dikenakan zakat @ tidak. Contoh: alat-alat @ barang-barang perniagaan seperti gergaji, beliung(macam sabit), adakah dikenakan zakat?





Terdapat dua pendapat :

Pendapat  1:   TIDAK wajib zakat pada alat.

HUJAH  1:  harta yang digunakan dalam aktiviti ekonomi ini, ia sama seperti haiwan yang digunakan oleh pemiliknya seperti membajak, bagi kesemua  jenis manfaat  bukan  pada perdagangan.
Hadis  RASULULLAH  S.A.W : (tidak dikenakan apa-apa pun ke atas orang yang bekerja).

HUJAH 2 : barang  tidak wajib zakat melainkan barangan itu dibeli untuk dijual.
Daripada Samirah bin Jundab berkata, RASULULLAH S.A.W bersabda : (nabi menyuruh kami untuk mengeluarkan sedekah pada barang yang kami sediakan untuk jual).

Pendapat  2 : WAJIB keluarkan zakat, pada nilai barang yang digunakan bagi projek pelaburan. Dan mazhab mutaakhirin daripada maliki, apabila ia berpendapat bahawa pembuatan alat-alat kilang dengan ikhtibar pertolongannya bagi mereka dan kekal barangnya.

PENDAPAT YANG DIPILIH : pendapat 1 TIDAK WAJIB  zakat bagi barangan yang digunakan bagi projek pelaburan, kerana kuatnya dalil mereka iaitu barangan mesin tadi tidak berkembang dengan dirinya sendiri.

Fuqaha’ tidak membezakan antara barangan yang disediakan, barang yang bermanfaat diantara barang-barang yang digunakan bagi melangsaikan hajat manusia dan juga barangan yang digunakan untuk melangsaikan hajat-hajat projek pelaburan.

Tiada zakat pada alat-alat perkilangan dan alat-alat barang perniagaan.

Apakah hukum zakat bagi produk dan syarat?(ms 54)

Pendapat 1 : TIDAK WAJIB zakat pada barang produk dan TIDAK WAJIB pada nilainya melainkan wajib zakat pada UNTUNG BERSIH 2.5%.

~TIDAK WAJIB  zakat pada kapal, kapal terbang dan lain-lain, akan tetapi WAJIB pada UNTUNG BERSIH ketika mana berlakunya HAUL dan NISOB yang cukup.

~kalau tidak cukup NISOB dan pemilik harta itu mempunyai harta yang lain, maka gabungkan dengannya, dan  DIWAJIBKAN zakat pada pengumpulan sekiranya berlaku cukup NISOB dan HAUL.

~kadar untuk pengeluarkan ialah 2.5% pada akhir tahun.

HUJAH :
1.       Kiaskan hasil produk tadi dengan nilai.

2.       Haiwan yang digunakan,yang dimanfaatkan daripada zakat ketika mana kita menguruskannya untuk mendapat manfaat.

3.       Tidak dijadikan untuk jualan, maka tidak diwajibkan zakat.


Pendapat 2 : WAJIB zakat kerana produk itu sama seperti barang yang hendak diniagakan.

HUJAH : hadis RASULULLAH S.A.W  (keluarkanlah zakat bagi harta-harta kamu).

1.       Dalil ini umum, merangkumi kesemua jenis dengan apa yang ada padanya barang-barang hasil produk dan juga hasilnya.

2.       Kita kiaskan dengan barang yang hendak diniagakan dengan semua jenis-jenis barang yang berkembang dan juga keuntungan pada kesemuanya. Maka perkembangan ialahbenda yang wajib zakat pada barang yang hendak diniagakan dan lain-lain daripada zakat harta.

Pendapat 3 : WAJIB keluarkan zakat tapi dikiaskan dengan tanah pertanian, tapi hanya pada nisob bukan haul, kerana pertanian WAJIB dikeluarkan tidak mengikut haul.

HUJAH :  kesemua dikira daripada hasil dan untung, maka zakat pada tanah, pengeluaran yang berkembang bergantung pada pokok, buah-buahan dan tanah.
Rumah yang disewa  dan kilang yang mengeluarkan barang, dikenakan zakat padanya 1/10  daripada sewaan rumah tersebut.

PENDAPAT YANG DIPILIH : setelah dibentangkan pendapat para fuqoha’ pada barangan produk, dalil –dalil yang jelas, pendapat yang pertama yang dipilih iaitu tidak wajib zakat kecuali wajib zakat pada hasil yang bersih 2.5%.

Syarat-syarat wajib zakat pada produk (ms 67)

A.      Cukup nisob.

B.      Nisob mesti melebihi keperluan asas.

C.      ~Nisob mesti lebih daripada hutang ,kalau ada hutang akan dipotong daripada hasil dan dikenakan zakat pada hasil yang berbaki sekiranya sampai nisob.

~hutang ini tidak akan dipotong daripada harta sampai bila-bila.

D.      Berlalunya haul.

 -والله اعلم-

No comments:

Post a Comment