Sunday, January 15, 2012

:. ZAKAT MENTERNAK IKAN .:

Hukum zakat ternak ikan

Apakah hukum zakat ternak ikan?

Pendapat 1 : sekiranya manusia mengadakan satu tempat yang menternak ikan dengan niat untuk makan, maka TIADA ZAKAT atasnya kerana itu dikira sebagai hajat  dan tiada syarat perkembangan.

Pendapat 2 : sekiranya niat berniaga, maka dikenakan ZAKAT  PERNIAGAAN 2.5%.

Sekiranya ikan tersebut dari laut, adakah dikenakan zakat?

Pendapat 1 : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT bagi ikan yang diburu daripada laut.

HUJAH:  

1.       Tiada hadis yang mengatakan ikan tersebut wajib zakat.

2.       Ikan buruan tidak wajib padanya zakat seperti buruan daratan.

Pendapat 2 : ikan yang dikeluarkan dari laut wajib dikenakan zakat.

HUJAH :

1.       Firman Allah S.W.T : ( hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah {dijalan Allah} sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kamu keluarkan dari bumi untuk kamu). –surah al-baqarah : 267-

2.       Ikan merupakan apa yang dikeluarkan oleh Allah kepada kita dan daripada sebaik-baik pekerjaan.

3.       Ikan mempunyai harta yang bernilai bagi manusia, ia menyerupai seperti galian. Wajib zakat ketika mana kita mengambil manfaat daripada ikan.


PENDAPAT YANG DIPILIH : pendapat  2, wajib dikenakan zakat , apa yang diburu dilaut. Kerana ia sampai kapada kadar yang besar, dan dikira dengan harta yang banyak, ketika mana syarikat pemprosesan melakukan perkara tersebut.

Berapakah kadar zakat pada ternakan ikan?

Kadar tidak sama seperti zakat emas dan perak, kerana itu merupakan perhiasan padahal haiwan dilaut bukanlah begitu, contoh zakat pertanian dan buah-buahan, padahal ia menyerupai satu had yang besar zakat galian.

PERTAMA : sekiranya zakat ikan sama seperti zakat galian.
a.       Maka tidak wajib zakat padanya kecuali merupakan benda yang bernilai disisi manusia.

b.      Nilai nisob emas 20 dinar dan perak 200 dirham.

c.       Dan hendaklah orang yang mengeluarkan adalah orang tertentu @ ramai individu.

d.      Tidak disyaratkan kena haul.


KEDUA : kadar hendak keluarkan zakat itu berbeza pada kos dan juga tanggungan.
a.       Sekiranya dapat ikan itu tanpa ada tanggungan dan kos, maka dikenakan  20%.

b.      Sekiranya ada tanggungan, dikenakan 2.5% .

KETIGA : kepada siapa diberi.
a.       Sekiranya kadar yang diambil itu 20%, maka yang dapat zakat berkenaan adalah baitulmal.

b.      Sekiranya kadar yang diambil itu 2.5%, maka zakat itu adalah kepada 8 asnaf.

 - والله اعلم -

No comments:

Post a Comment