Tuesday, January 17, 2012

:. ZAKAT PETANI YANG MENTERNAK HAIWAN .:

ZAKAT PETANI YANG MENTERNAK HAIWAN

Firman Allah S.W.T : (dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada bulu yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu makan) . – surah an- nahl : 5 –

Firman Allah S.W.T : ( dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternakan untuk mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah kami ciptakan dengan kekuasaan kami sendiri, lalu mereka menguasainya? Dan kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?) surah yasin : 71-73.

Ayat tersebut menerangkan anugerah Allah kepada hamba-hambanya dengan binatang ini, yang telah dianugerahkan bagi mereka, untuk mereka naiki binatang tersebut @ makan dagingnya @ minum susunya @ambil manfaat daripada bulunya, maka semua ini dikatakan bahawa kita perlu bersyukur dengan nikmat Allah.

 PERBAHASAN

Sekiranya binatang ternakan tadi diniatkan untuk ternak, maka ia dikenakan zakat an’am.

An’am : binatang yang kita lepaskan untuk makan dipadang, kebanyakan diletakkan pada unta.
Ada yang mengatakan pada unta sahaja. Dan ada yang mengatakan termasuk lembu dan kambing, dan dikira an’am itu harta yang bermanfaat bagi orang arab dan kebanyakannya.

Apakah syarat-syarat zakat binatang ternakan?

a.       Cukup nisob.

b.      Cukup tempoh setahun

c.       Binatang yang dilepaskan untuk makan.

(saimah) iaitu cukup penjagaannya setahun, dengan niat ambil susu, keturunan, pertambahan dan gemuk.

Apabila tuannya ternak ½ tahun dan diberi makan ½ tahun, tidak wajib dikenakan zakat kerana ia bukan saimah.

Sekarang ini dia lepaskan bukan niat ambil susu dan lain-lain. Tetapi niat untuk tunggang dan makan, jadi ia tidak dikenakan zakat kerana ia diambil bila binatang itu dikembangkan untuk manfaat.

Sekiranya kita jadikan ia perniagaan dikenakan zakat perniagaan.

DALIL :  sabda RASULULLAH S.A.W : ( setiap unta  ada 40 ekor akan dikenakan seekor (bintu labun) iaitu unta yang sempurna  2 tahun  dan nak masuk 3 tahun).

IJMA’ : ulama’ mengatakan wajib zakat pada binatang ternakan  dan tiada siapa pun khilaf.

d.      Tidak buat kerja.

 Apakah hukum binatang yang diberi makan?

Pendapat 1 :  TIDAK WAJIB ZAKAT padanya.

DALIL : bersabda RASULULLAH S.A.W : ( setiap unta yang ada 40 ekor dikenakan seekor (bintu labun)… dan tiap-tiap 40 ekor kambing akan dikenakan seekor kambing).

MA’QUL : sekiranya binatang yang diberi makan tiada perkembangan  kerana kos yang ada itu berganda dengan kita member makan, maka tiada istilah perkembangan.

Pendapat 2 : WAJIB ZAKAT  padanya.

DALIL : sabda RASULULLAH S.A.W : (tidak dikenakan zakat bagi emas yang kurang dari 5 sukatan).

MA’QUL :  binatang an’am disifatkan semuanya saimah, sekiranya ada pengembala tidak menghalang namanya saimah.

PENDAPAT YANG DIPILIH : pendapat 1 ,TIDAK DIWAJIBKAN ZAKAT  kerana kita member makanan pada binatang itu akan menenggelamkan perkembangan. Jadi ia seolah-olah tidak berlaku perkembangan.



Apakah hukum zakat binatang yang bekerja?

 Pendapat 1 :  TIDAK WAJIB ZAKAT padanya.

DALIL : sabda RASULULLAH S.A.W  : (unta yang bekerja tidak dikenakan zakat).

MA’QUL :  binatang sekiranya yang disediakan untuk bekerja, tidak ada perkembangan ia seperti baju yang ada pada badan dan barang yang tiada di dalam rumah.

Pendapat 2 :  WAJIB ZAKAT padanya.

DALIL : sabda RASULULLAH S.A.W : ( dikenakan zakat bagi emas pada setiap 5 sukatan).
Sabda RASULULLAH S.A.W : ( ambillah daripada lembu yang berjumlah 30 ekor , seekor lembu yang berumur 2-3 tahun).

PENDAPAT YANG DIPILIH :  pendapat 1, TIDAK DIKENAKAN ZAKAT bagi binatang kerana ia digunakan dan dimanfaatkan oleh pemiliknya. Maka perkara tersebut merupakan keperluan asas.

Berapakah kadar nisob unta yang wajib dikeluarkan?

NISOB UNTA
KADAR WAJIB ZAKAT
5-9
Seekor kambing
10-14
2 ekor kambing
15-19
3 ekor kambing
20-24
4 ekor kambing
25-35
1 unta (setahun nak masuk 2 tahun)
36-45
1 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
46-60
1 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
61-75
1 unta (4 tahun nak masuk 5 tahun)
76-90
2 ekor unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
91-120
2 ekor unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)


 Berapakah kadar nisob unta sekiranya unta lebih dari 120 ekor?

Pendapat 1 : bilangan unta yang melebihi  120 ekor, dikenakan setiap  40 ekor adalah 1unta 2 tahun yang nak masuk 3 tahun dan setiap 50 ekor  1 unta 3 tahun yang nak masuk 4 tahun.
DALIL : sabda RASULULLAH S.A.W : (apabila unta melebihi 120 ekor , dikenakan setiap  40 ekor adalah 1unta 2 tahun yang nak masuk 3 tahun dan setiap 50 ekor  1 unta 3 tahun yang nak masuk 4 tahun).

Pendapat 2 : wajib pada 5 ekor unta, seekor kambing dan 10 ekor unta, 2 ekor kambing.
DALIL :  sabda RASULULLAH S.A.W : (sekiranya lebih 120 ekor, maka dikira kembali pada awal zakat unta. Sekiranya kurang daripada 25 ekor dikenakan 1 kambing dan setiap 5 dikenakan 1 kambing).

Pendapat 3 : boleh pilih antara pendapat 1 @  pendapat 2.
PENDAPAT YANG DIPILIH :  lebih utama kita ikhtibar, kerana kita mengamalkannya semua, lebih baik daripada daripada kita membatalkan semuanya @ membatalkan setengah dengan setengah yang lain. Kerana, sekiranya kita memilih antara pendapat 1 @ pendapat 2 tadi, perkara tersebut akan menolong untuk mudah bermuamalat, kiraan dan mudah untuk pengurusan.
NISOB UNTA YANG LEBIH DARI 120 EKOR DISISI JUMHUR
NISOB UNTA
KADAR WAJIB ZAKAT
121-129
3 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
130-139
1 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 2 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
140-149
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
150-159
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
160-169
4 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
170-179
3 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun) + 1 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
180-189
2 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun )+ 2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
190-199
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 unta ( 2 tahun nak masuk 3 tahun)
200-209
5 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun )@ 4 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)


NISOB UNTA YANG LEBIH DARI 120 EKOR DISISI HANAFI

NISOB UNTA
KADAR WAJIB ZAKAT
125
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 kambing
130
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 2 kambing
135
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 3 kambing
140
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 4 kambing
145
2 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 unta (1 tahun nak masuk 2 tahun)
150
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
155
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 kambing
160
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 2 kambing
165
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 3 kambing
170
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 4 kambing
175
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 unta (1 tahun nak masuk 2 tahun)
186
3 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) + 1 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)
196
4 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun)
200
4 unta (3 tahun nak masuk 4 tahun) @ 5 unta (2 tahun nak masuk 3 tahun)








ZAKAT LEMBU
·         Tiada khilaf antara fuqoha’ nisob lembu.

·         30 ekor lembu  =  seekor  lembu (1 tahun nak masuk 2 tahun).

·         Kurang  daripada 30 ekor  tiada zakat.

·         Kerbau sama jenis seperti lembu.

DALIL :  hadis MUAZ BIN JABAL berkata : NABI S.A.W menghantar kau ke yaman, maka NABI S.A.W menyuruh aku ambil daripada tiap 30 ekor lembu = seekor lembu (1 tahun nak masuk 2 tahun), dan tiap 40 ekor lembu  seekor lembu (2 tahun nak masuk 3 tahun) .
NISOB LEMBU
KADAR WAJIB DIKELUARKAN
30-39
1 lembu (1 tahun nak masuk 2tahun)
40-59
1 lembu (2 tahun nak masuk 3 tahun)
60-69
2 lembu (1 tahun nak masuk 2 tahun)
70-79
1 lembu ( 2 tahun nak masuk 3 tahun) + 1 lembu (1 tahun nak masuk 2 tahun)
80-89
2 lembu ( 2 tahun nak masuk 3 tahun)
90-99
3 lembu ( 1 tahun nak masuk 2 tahun)
100-109
2 lembu ( 1 tahun nak masuk 2 tahun) + 1 lembu (2 tahun nak masuk 3 tahun)

Apakah hukum pertambahan 40 ekor lembu?
Pendapat 1 : sekiranya lembu lebih 40, TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sehingga sempurna 60.
DALIL :  hadis MUAZ BIN JABAL R.A berkata : NABI S.A.W menghantar aku ke yaman, lalu menyuruh aku mengambil daripada tiap 30 lembu = seekor lembu (1 tahun nak masuk 2 tahun), dan tiap 40 ekor  = seekor lembu ( 2 tahun nak masuk 3 tahun).
·         Kurang 30 ekor lembu tidak dikenakan zakat.
·         Setiap 30 ekor akan dikenakan kadar yang disebutkan.
·         Tiada satu pun yang akan dikenakan sekiranya kirang 40 ekor.
·         Sekiranya cukup 40 ekor, akan dikenakan kadar yang disebut sampai cukup 60 ekor.
·         Tiap 30 ekor dikenakan seekor lembu ( 1 tahun nak masuk 2 tahun).
·         Tiap 40 ekor dikenakan seekor lembu ( 2 tahun nak masuk 3 tahun).

Pendapat 2 :  WAJIB DIKENAKAN ZAKAT  melebihi 40 ekor, sekiranya  40 ekor pun dikenakan zakat.
DALIL : firman Allah S.W.T : ( ambillah zakat dari sebahagian daripada mereka) surah at-taubah : 103
Ayat ini secara umum dikenakan zakat pada tiap-tiap harta yang berlaku padanya syarat wajib zakat, tiada perbezaan antara maaf dan tidak.
 PENDAPAT YANG DIPILIH : pendapat 1, lebih pada 40 ekor tidak dikenakan apa-apa, sehingga sampai pada 60 ekor  lembu.

ZAKAT KAMBING
Merangkumi kambing biri-biri dan kambing biasa orang sembelih.
DALIL : (keluarkan sedekah kambing yang diepaskan untuk  makan,  tiap 40 ekor  padanya seekor kambing hingga 120 ekor)
NISOB KAMBING
KADAR WAJIB DIKELUARKAN
1-39
Tidak dikenakan zakat
40-120
Seekor kambing
121-200
2 ekor kambing
201-399
3 ekor kambing

Pendapat 1 : (IMAM NAWAWI) tidak dikenakan zakat selepas 201 ekor  kambing, hingga sampai 400 ekor = 4 ekor kambing, maka wajib 4 ekor kambing, kemudian pada tiap 100 ekor = 1 kambing, berubah zakat ini selepas 100 dan 100.
Pendapat 2 : ( IMAM AHMAD) apabila bertambah 301 ekor wajib  keluarkan zakat 4 ekor kambing.
300 ekor = 3 ekor kambing
301 ekor = 4 ekor kambing
400 ekor = 4 ekor kambing
401 ekor = 5 ekor kambing
Apa yang sepatutnya dijaga ketika mana pengeluaran zakat an’am?
Apakah syarat-syarat kepada zakat ternakan :
·         Hendaklah yang dikeluarkan selamat daripada aib.
·         Mesti haiwan tersebut betina.
·         Ada kaitan dengan umur.
·         Hendaklah yang diambil pertengahan baik dan buruk untuk dikenakan zakat.

Campur aduk binatang?
Hukum zaka bagi seseorang yang ternak binatang dan miliki nisob yang cukup @ lebih. Apakah hukum sekiranya bercampur antara penternak dengan niat untuk satukan kos?  
campur dari segi bahasa: diambil dengan percampuran sesuatu dengan sesuatu : digabungkan kepadanya.
Dari segi istilah: tidaklah ia melainkan menggabungkan binatang ternakan setengah dengan setengah yang lain dengan syarat memperincikan.

Berapakah jenis percampuran?
Ada 2 jenis :
a.       Bercampur dari segi perkongsian dan juga benda @ pemilikan.
·         Harta padanya berkongsi antara pekongsi.
·         Sekiranya tidak mampu untuk kita berikan nisob salah seorang pemilik, contoh seperti binatang yang diwarisi oleh sesuatu kaum @ ramai pemiliknya @ membelinya, maka perkara tersebut tersebar dan mereka berkongsi padanya.
·         Tiada bilangan berbeza.

b.      Bercampur jiran.
·         Binatang ternakan yang berbeza tetapi mereka saling bercampur aduk pada kandang.
·         Seorang mempunyai 30 ekor,  yang lain yang diketahuinya berbeza, @ kurang daripadanya @ lebih daripadanya.
·         Tetapi semua itu bercampur seperti harta yang  1.
Apakah percampuran ini member kesan?
Pendapat 1 : (MAZHAB HANAFI)  tidak member kesan bila bercampur aduk, tidak dikenakan zakat pada harta yang berkongsi melainkan sekiranya nisob tiap-tiap satu daripadanya tidak dikenakan zakat pada harta yang berkongsi.
DALIL : sabda RASULULLAH S.A.W  : (tidak dikenakan sedekah bagi seorang muslim pada haiwan yang dilepaskan untuk makan).

Pendapat 2 : (JUMHUR) ada kesan pada kadar wajib zakat.
DALIL :  sabda RASULULLAH S.A.W : (tidak dikumpulkan antara yang terpisah dan tidak berpisah antara yang berkumpul).
PENDAPAT YANG DIPILIH : pendapat 1, tidak member kesan bila bercampur aduk.
Maka tiada kesan bagi percampuran sehinggalah sampai kadar nisob bagi tiap daripadanya, kerana islam meletakkan kadar yang wajib pada bilangan yang tertentu. Dan pendapat yang mengatakan memberi kesan pada percampuran dinafikan, dan menafikan tanggungjawab seseorang pada dirinya dan hartanya. Firman ALLAH S.W.T : (dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratan kembali pada dirinya sendiri). Surah al-an’am : 164.

 Bilakah yang bercampur dikenakan zakat ?
Pendapat 1 : (MAZHAB MALIKI) hukumnya sama dengan hukum pemilik yang satu. Contoh, ada 3 orang, setiap daripada mereka kambing. Maka akan dikenakan seekor kambing sahaja. Sekiranya tidak bercampur  3 ekor setiap seorang. Kadang-kadang bercampur akan member kesan yang berat, contoh salah seorang ada 100 ekor kambing dan seorang lagi ada 101 ekor kambing. Maka diwajibkan keluar 3 ekor kambing.
Setiap 100 kambing = seekor kambing.
200 ekor = 2 kambing
201 ekor = 3 ekor kambing.
SYARAT :
·         Tidak niat untuk lari dari zakat dengan perkongsian.
·         Hendaklah percampuran ini  satu jenis seperti, kambing + biri-biri.
·         Hendaklah cukup syarat (merdeka, muslim,miliki nisob, sempurna haul) wajib pada seorang sahaja bila berbeza agama.
·         Sepakat tempoh haul untuk kenakan kedua-duanya, sekiranya berlalu tempoh antara salah seorang daripada keduanya.
·         Hendaklah sempurna percampuran pada penjaga dan binatang jantan.

Pendapat 2 : (MAZHAB SYAFIE DAN HAMBALI) wajib zakat sama ada percampuran tiada kena langsung, lebih teruk @ ringan, maka jadilah harta tersebut seperti  harta yang satu. Kadang –kadang perkongsian ini memberi ringan seperti  80 ekor kambing = seekor kambing.

SYARAT :
·         Mereka yang berkongsi ini  diwajidkan zakat.
·         Harta yang bercampur itu cukup nisob.
·         Hendaklah yang berlalu antara keduanya itu sempurna haul.
·         Tiada beza harta keduanya dengan salah seorang yang lain pada 6 sifat : (penjaga, binatang jantan, minuman dan sebagainya) kerana sekiranya berbeza salah 1 daripada keduanya maka ia bukan harta yang satu.

No comments:

Post a Comment