والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا واولئك هم الفسقون # الا الذين تابوا من بعد ذلك واصلحوا فان الله غفور رحيم #
(سورة النور : 4-5)
HUKUM MENUDUH WANITA YANG BAIK-BAIK BERZINA
4. Dan orang-orang yang menuduh wanita wanita-wanita yang baik-baik ( wanita-wanita yang suci, akil baligh dan muslimah) berbuat zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.
5. kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki dirinya,maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
1. Apakah syarat-syarat yang harus ada pada wanita yang dituduh ?
Ulama’ mengatakan ada 5 syarat yang harus ada pada wanita yang dituduh iaitu :
§ Islam
§ Berakal
§ Baligh
§ Merdeka
§ Terpelihara dari perbuatan zina
Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan ada 4 syarat iaitu :
§ Berakal
§ Baligh
§ Merdeka
§ Terpelihara dari perbuatan zina
(tidak disyaratkan orang yang beragama islam)
Hakikat daripada الاحصان ( perempuan yang menjaga kehormatan) itu ialah disandarkan kepada sesuatu tegahan daripada menuduh.
Maka الاحصان dalam bab ini adalah sesuatu yang mencegah seorang wanita daripada melakukan perbuatan zina, kebersihan dirinya, membuat dirinya terjaga daripada perbuatan zina.
Akan tetapi apa yang dikehendaki dengan المحصنات (menuduh wanita-wanita yang baik-baik berbuat zina), firman Allah S.W.T : (Dan orang-orang yang menuduh wanita wanita-wanita yang baik-baik ( wanita-wanita yang suci, akil baligh dan muslimah) berbuat zina)- surah an-nur : 4- ???
Ulama’ mengharuskan jika ada 5 syarat ini pada wanita yang dituduh berbuat zina, barulah penuduhnya disebat. Jika salah satu daripada 5 syarat ini tidak didapati pada penuduh, maka penuduh tidak dikenakan sebatan.
Tetapi sebahagian ulama’ ada yang melepaskan dari sebahagian syarat-syarat tersebut.
IBNU HAZIM berpendapat : jika salah satu daripada syarat tadi, tetap dikenakan sebatan.
*******
2. Apakah syarat-syarat yang wajib ada pada penuduh itu agar dia disebat ? begitu juga syarat-syarat orang yang dituduh bahawa dia melakukan zina ? dan tuduhan yang bagaimana yang harus dihad bagi orang yang menuduhnya ?
Syarat yang perlu ada pada orang yang menuduh itu ialah :
§ Berakal
§ Baligh
Dan syarat kepada orang yang dituduh ialah :
· Dia dituduh dengan melakukan jimak yang harus dihad ; iaitu pelaku zina @ liwat @ menafikan bahawa dia bukan ayah kepada anak yang dilahirkan.
Contoh:
· daripada tuduhan si fulan melakukan zina @ si fulanah telah melakukan zina
· si fulan telah melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum NABI LUTH (iaitu liwat) dengan sifulan @ sifulanah (harus disebut nama)
· seorang berkata : anak yang dilahirkan itu bukanlah anak si fulan tersebut tetapi hasil dari perbuatan zina.
*******
3. Pada firman Allah S.W.T : (والذين يرمون المحصنات) ayat 4, apakah perkataan yang digugurkan ?
perkataan yang digugurkan dalam ayat ini adalah (الزنا) perbuatan zina ;
(والذين يرمون المحصنات بالزنا) iaitu bermaksud dan menuduh wanita-wanita yang suci itu dengan oerbuatan zina.
Kerana ayat-ayat yang terdahulu menyebut tentang masalah zina
(الزانية والزاني فجلدوا) bermaksud : (Penzina perempuan dan penzina laki-laki, sebatlah).
Maka yang dituduh disini adalah perbuatan zina, maka itu cukup daripada pengulangan kerana bahasa arab jika selalu diulang itu adalah aib didalam ungkapan bahasa arab.
Ulama’ bersepakat bahawa : maksud dengan tuduhan disini adalah menuduh dengan perbuatan zina dan pada ayat ini banyak dalil-dalil bahawa makna daripada seorang penuduh kepada yang dituduh adalah perbuatan zina :
· Permasalahan memang dibincangkan tentang zina.
· Allah S.W.T menyebut bahawa yang dituduh itu adalah wanita-wanita yang baik ( wanita-wanita yang suci, akil baligh dan muslimah). Maka ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan adalah sebaliknya ; iaitu daripada perkataan baik itu kepada perkataan lawannya iaitu melakukan perbuatan zina.
· Kemudian dalam ayat ini meminta bahawa kena ada 4 saksi, sementara dalam semua hal Allah meminta saksi itu 2 orang lelaki @ 4 orang perempuan @ 2 perempuan 1 lelaki, kecuali dalam masalah zina.
· Ulama’ bersepakat bahawa orang yang menuduh dikenakan sebatan sekiranya orang yang dituduh itu terbebas dari tuduhan tersebut. Selain dari masalah zina ini, penuduh tidak dikenakan sebatan seperti mencuri dan lain-lain.
*******
4. Jika seorang lelaki yang dituduh, apakah yang menuduhnya itu dikenakan had ?
Memang yang menuduh itu akan dikenakan had jika tidak datangkan 4 saksi. Begitu juga sekiranya dituduh itu adalah perempuan.
Ulama’ bersepakat bahawa lelaki menuduh perempuan @ perempuan menuduh lelaki @ sama-sama perempuan menuduh perempuan, jika tidak didatangkan 4 saksi maka akan dikenakan 80 kali sebatan kerana tiada beza diantara kesemuanya.
*******
5. Mengapakah masalah ini diutamakan kepada perempuan ?
Kerana jika menuduh wanita itu adalah lebih buruk dan mempermalukan harga diri wanita itu lebih aib, jika wanita terkena zina daripada lelaki.
Pendapat lain mengatakan bahawa ayat ini umum buat lelaki dan perempuan dan ada penilaian padanya iaitu jiwa-jiwa (والذين يرمون الا نفس المحصنات). Dan kemudian didatangkan dengan ayat lain iaitu firman Allah S.W.T : (والمحصنات من النساء) dan diharamkan kamu mengahwini wanita yang bersuami –surah an-nisa’ : 24-
Penjelasan dalam ayat ini (المحصنات) itu adalah perempuan. Kerana,jika ayat tersebut merangkumi jiwa-jiwa lelaki dan perempuan, mengapakah ia didatangkan dengan ayat yang lain untuk menjelaskan bahawa (المحصنات) itu adalah diutama bagi perempuan.
Pendapat lain yang mengatakan bahawa (المحصنات) yang dimaksudkan disini adalah kemaluan, seperti firman Allah S.W.T : (والتي احصنت فرجها) dan ingatlah kisah maryam yang telah memelihara kehormatannya.-surah al-anbiyaa’ : 91-
Dan ada juga pendapat lain yang mengatakan lafaz (المحصنات) itu meskipun ia diutamakan bagi perempuan akan tetapi ia merangkumi lelaki dan perempuan.
*******
6. Apakah hukum menuduh yahudi @ nasrani ?
Penuduh seorang muslim dan yang dituduh adalah yahudi @ nasrani apakah hukumnya ? adakah dikehakan had ?
Jumhur ulama’ mengatakan tidak dikenakan had kerana yang dituduh adalah selain daripada orang muslim.
Sekiranya yang menuduh itu adalah yahudi @ nasrani dan yang dituduh itu adalah orang muslim @ muslimah, penuduh itu dikenakan had sebagaimana yg dikenakan ke atas orang muslim.
*******
7. Sekiranya yang menuduh adalah hamba dan yang dituduh adalah orang yang merdeka @ yang menuduh adalah orang yang merdeka dan yang dituduh adalah hamba adakah dikenakan had @ bagaimana ?
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa orang yang merdeka jika menuduh hamba tiada had baginya
IBNU HAJAR mengatakan, hal ini harus diteliti kerana melihat kepada IBNU UMMAR yang telah ditanyakan tentang yang menuduh ummu walid (hamba yang digauli oleh tuannya) jika ada yang menuduh ummu walid apakah dikenakan had ? maka jawan IBNU UMMAR, ia akan dikenakan had dan dalam keadaan kehinaan.
Penulis kitab ni mengatakan bahawa beliau akan meneliti perkataan IBNU HAZIM.
Hadis ini diriwayatkan oleh IMAM BUKHARI dan MUSLIM, iaitu hadis dari ABU HURAIRAH R.A. berkata : RASULULLAH S.A.W bersabda : (barang siapa yang menuduh makhluknya, hamba sahayanya, sedangkan hamba itu terbebas dari tuduhan tersebut, maka ia akan disebat dihari kiamat kecuali jika memang tuduhan itu benar).
Jika seorang hamba menuduh seorang yang merdeka, maka akan disebat ½ had orang merdeka iaitu 40 kali sebatan, berdasarkan firman Allah S.W.T :
(فان اتين بفاحشة فعليهن نصف ما على المحصنات من العذاب) kemudian mereka melakukan perbuatan keji, maka dikenakan ke atas mereka ½ hukuman dari wanita merdeka yang sudah berkahwin.-surah an-nisa’ : 25-
Seorang yang mukmin, sama ada hamba mahupun merdeka sentiasa mempunyai kehormatan @ harga diri disisi manusia mahupun disisi Allah dan boleh jadi seorang hamba yang kasar lebih baik dari seorang khalifah yang berasal dari quraish.
ALLAH S.W.T berfirman :
(يا ايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير)
Bermaksud: (hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu bangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. – surah al hujuraat : 13 –
Dan manusia-manusia yang dilahirkan ini adalah anak cucu dari NABI ADAM dan isterinya HAWA, sebaik-baik orang adalah sebaik-baik akhlaknya dan sebaik-baik agamanya, bukan dengan tradisi dan bukan juga tubuh mereka.
Sabda RASULULLAH S.A.W :
( ان دماءكم واموالكم واعراضكم وابشاركم عليكم حرام )
Bermaksud : darah kamu, harta kamu, nama baik kamu, jasad kamu, atas kamu itu adalah haram.
Sama-sama harus menjaga, maka RASULULLAH S.A.W menyamakan harga diri seorang hamba dan seorang yang merdeka.
Pendapat yang kuat adalah, siapa pun dia sama ada merdeka mahupun hamba itu akan dapat akibat yang sama kerana yang dilihat disini ialah kita tidak tahu kedudukan siapa yang lebih baik dimata ALLAH S.W.T. maka kita akan menjaga semua harga diri, nama baik seseorang selama ia adalah orang mukmin.
*******
8. Apakah hukumnya, sekiranya yang dituduh itu budak kecil ?
Penulis kitab ini mengambil pendapat yang mengatakan bahawa jika budak kecil itu belum baligh, maka penuduhnya tidak disebat, akan tetapi di ta’zir (hukuman daripada pemimpin).
IMAM QURTUBI disini membawa masalah :
Jika budak perempuan kecil dituduh bahawa dia melakukan zina sebelum baligh, menurut IMAM MALIK, sama sahaja sebelum @ selepas baligh, penuduhnya dikenakan had. Dan IMAM ABU HANIFAH, SYAFIE DAN ABU SAUR, tidak termasuk qozaf kerana jika dia melakukan zina, dia tidak terkena had tetapi di ta’zir sahaja.
IBNU A’ROBI mengatakan bahawa masalah ini ada kemungkinan dan ada kemusykilan, IMAM MALIK meskipun mengatakan seperti itu iaitu terkena had qozaf, tetapi IMAM MALIK masih meminta untuk harga dirinya orang yang tertuduh itu dijaga. IMAM ABU HANIFAH, SYAFIE dan ABU SAUR disini lebih menjaga harga diri penuduh dan menjaga diri yang tertuduh itu lebih diutamakan kerana orang yang menuduh itu seharusnya menjaga diri dengan lidahnya sendiri dari menuduh orang lain. Dari sinilah dia dikenakan had qozaf.
IBNU MUNZIR menceritakan bahawa IMAM AHMAD berkata , jika yang tertuduh itu adalah perempuan berumur 9 tahun maka penuduhnya dikenakan had, dan jika yang tertuduh itu lelaki berumur 10 tahun maka juga dikenakan had.
IBNU HAZIM mengatakan bahawa diwajibkan melaksanakan had kepada orang yang menuduh orang lain sama ada yang menjaga diri itu budak kecil @ orang tua, berakal @ orang gila.
Firman ALLAH S.W.T :
(لا يقا تلونكم جميعا الا فى قرى محصنة)
Maksudnya : mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan persatu padu, kecuali dalam kampong-kampung yang berbenteng. – al-hasyr : 14-
Dan budak kecil itu dia mendapatkan penjagaan Allah daripada berbuat zina, dan juga keluarganya menjaga budak kecil itu daripada perbuatan zina, juga orang gila dan orang-orang yang tidak ada lagi syahwat.
Adapun perempuan-perempuan yang masih gadis dan perempuan-perempuan yang dipaksa, mereka termasuk dalam perempuan-perempuan yang suci.
*******
9. Apakah dikhususkan had itu kepada seorang wanita yang ada suami ? @ yang pernah ada suami ? @ hanya kepada wanita yang masih gadis, hanya kepada penuduh mereka sahaja ?
Tidak dikhususkan untuk orang yang menuduh wanita yang kahwin @ belum, semua orang jika tuduh wanita dengan tuduhan yang palsu @ dusta, maka harus dikenakan had.
*******
10. Di atas apakah yang dipersaksikan oleh para saksi ?
Yang disaksikan adalah bahawa mereka telah melihat seorang lelaki melakukan zina kepada seorang perempuan dengan mata, bukan dengan mendengar suara, sebagaimana mereka melihat celak yang masuk dalam botolnya.
*******
11. Apakah persaksian perempuan diterima seperti para saksi yang lain, sebagaimana di dalm ayat (ثم لم يأتوا بأربعة شهداء )?
Jumhur mengatakan bahawa persaksian perempuan tidak diterima dalam hal ini kerana dalam diri perempuan ini ada sifat malu, bila sekali melihat dia akan berpaling dan jiwa wanita tidak kuat.
*******
12. Apakah akibat bagi orang yang menuduh perempuan yang baik ini melakukan zina?
Menuduh perempuan yang baik ini melakukan zina adalah dosa besar dan akan diancam oleh Allah didunia dan diakhirat.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik-baik lagi beriman berbuat zina, mereka akan dilaknat didunia dan diakhirat dan bagi mereka azab yang besar # Pada hari itu, lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan # Dihari itu, Allah akan member mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allahlah Yang Benar lagi Yang menjelaskan segala sesuatu menurut hakikat yang sebenar # - surah an-nur : 23-25 –
Sabda RASULULLAH S.A.W :
Jauhilah 7 perkara yang mencelakakan. Sahabat bertanya: apakah itu ya Rasulullah ?
Baginda menjawab : syirik kepada Allah, melakukan sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan harta riba’, lari dari peperangan, menuduh wanita yang baik berzina.
Firman Allah S.W.T :
والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة أبدا واولئك هم الفسقون
Ayat diatas menghimpunkan 3 akibat bagi penuduh orang berbuat zina :
· 80 kali sebatan.
· Ditolak persaksiannya selamanya.
· Termasuk dalam orang-orang yang fasik.
*******
13. Jika yang dituduh memaafkan orang yang menuduh, apakah had itu gugur ?
Kebanyakan pendapat ulama’ mengatakan, jika dia memaafkan maka had itu digugurkan @ tidak dilaksanakan kepada si penuduh.
IBNU JAUZI mengatakan bahawa had ini adalah hak bagi manusia yang boleh terbebas darinya jika dia dimaafkan.
IMAM ABU HANIFAH mengatakan bahawa ia adalah hak ALLAH.
IMAM QURTUBI mengatakan didalam tafsirnya tiada khilaf bahawa tidak disebat dan orang yang tertuduh itu mati sebelum terlaksananya hukuman @ sebelum dibawa kepada penguasa @ diampun oleh orang yang dituduh, maka spersaksiannya masih diterima.
*******
14. Jika seorang tuduh seseorang dan belum diberitahu kepada penguasa, maka apakah tetap orang yang menuduh itu dianggap fasik ?
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa tidak dihukum atas dirinya dengan sifat kefasikan kecuali memang didirikan had.
Sebahagian ulama’ yang lain berpendapat bahawa tetap dihukumi orang yang menuduh tersebut bahawa dia fasik, bahkan persaksiannya ditolak jika tidak mendatangkan saksi.
IBNU JAUZI mengatakan bahawa apakah kefasikannya dan ditolak persaksiannya berdasarkan bahawa dilaksanakan had pada dirinya @ disebabkan kerana dia menuduh ?
Berdasarkan pendapat ASHABINA bahawa dia fasik dan ditolak persaksiannya sekiranya tidak mendatangkan saksi.
IMAM ABU HANIFAH mengatakan bahawa selagi dia tidak dihadkan maka tidak dihukumi fasik dan tidak ditolak persaksiannya.
Sabda RASULULLAH S.A.W :
( سباب المسلم فسوق )
Bermaksud : mencaci maki muslim itu adalah kefasikan
*******
No comments:
Post a Comment