Monday, February 13, 2012

:. ITU INI BEGITU BEGINI .:

Surah an-nur adalah surah yang banyak membicarakan tentang muamalah dan disini khususnya muamalah antara hukum-hukum yang berkaitan seperti yang dibincangkan iaitu masalah zina.

Disetiap masa itu terjadi hatta zaman sahabat sendiri, apalagi dizaman kita sekarang ini, dimana semua keruntuhan akhlak itu berada diantara kita, kerosakan berada disetiap tempat dimana kita berada.

Maka hal ini, kita benar-benar harus berhati-hati dalam penjagaan diri. Bukan berhati-hati dengan orang lain tetapi dengan diri kita sendiri, dimana diri kita ini banyak dikuasai oleh nafsu… benarkan???

Banyak terjadi hal-hal yang jika kita fikirkan, bagaimana ia boleh terjadi ?

Kita belajar syariah, mengaji agama, menutup aurat, lelakinya menjaga pandangan… tetapi bagaimana ia boleh terjadi ???

Ini memberi peringatan kepada kita bahawa penjagaan diri itu bukan sekadar diluar. Kita memakai pakaian menutup aurat, menjaga gerak geri, menjaga pandangan…. Itu adalah zahir… batinnya adalah didalam hati kita sendiri. Memang ALLAH S.W.T memberi sebuah nikmat yang besar kepada kita yang namanya cinta…. Cinta itu halal. Tetapi bagaimana kita menzahirkannya dalam kehidupan kita. Tidak cukup dengan hanya kita menjaga pancaindera kita, tetapi yang lebih harus kita jaga adalah nafsu.

Wajar jika melihat seorang lelaki berilmu, kacak, tampan dan sebagainya, dan kita juga harapkan mudah-mudahan dia adalah jodoh kita. Kita berkhayal bahawa lelaki itu pun membalas kasih kita. Kita baekhayal bahawa lelaki itu benar-benar milik kita.

Sebenarnya itu adalah satu harapan daripada kita. Tetapi kadang-kadang kita jadikan ia seakan-akan realiti yang terjadi. Kita hidup dalam khayalan dan itulah yang membuat banyak manusia menderita dengan dirinya.

Baik, dia tidak melakukan sebuah pelanggaran syar ‘i, tetapi kejiwaan, kebersihan hati itu yang lebih lagi kita tekankan.

Dimana kita sentiasa merasakan bahawa ALLAH S.W.T mengawasi kita.

Jika memang kita sudah menjaga secara syar ‘i, kemudian kita pun berusaha secara batin menjaga khayalan-khayalan yang fasik, tidak harus berkhayal sesuatu yang jauh iaitu yang kita anggap bahawa jika orang tahu kita malu.

Bila kita bersendirian, kita berfikir tentang sesuatu. Kemudian diri kita tidak tenang dan kita tidak mahu dilihat @ diketahui oleh orang lain. Ketahuilah bahawa sesuatu yang kita fikirkan itu mengandungi peringatan daripada ALLAH S.W.T agar kita jangan berterusan membiarkan diri dengan khayalan.

Jodoh itu ditangan ALLAH S.W.T .  Bukan ditangan kita, bukan ditangan dia dan bukan ditangan orang lain. Apa faedahnya kita berfikir mudah-mudahan dia itu, ini, begitu, begini. Itu sebuah yang wajar tetapi  jangan dibiarkan bahawa kita berkhayal berdoa kepada ALLAH memohon dan meminta. Seorang hamba itu tidak layak meminta. Meminta itu pun dengan memohon bukan seperti perintah. Kerana yang namanya doa itu dari bawah ke atas dan itu ada adab-adabnya. Ketika kita berdoa, itu bukan seperti kita hendak meminta dengan sesame, tetapi itu adalah sebuah harapan yang kita mengharapkan. Tetapi jangan bergantung kerana boleh jadi takdir yang bukan kita inginkan. Kita menghitung dengan nafsu.bolehlah lelaki itu sempurna dimata kita, tetapi boleh jadi kita yang tidak layak buat dia.

Apa yang perlu kita PERSIAPKAN adalah :
  • bagaimana kita mempersiapkan diri untuk menjadi wanita yang solehah,
  • dari gadis yang solehah, 
  • menjadi isteri yang solehah, menjadi ibu,
  • seterusnya menjadi wanita yang boleh membantu @ memberi manfaat kepada masyarakat.

Jika kita berfikir banyak tentang hal-hal yang membangunkan diri kita, kita tidak mempunyai kesempatan untuk berkhayal.

Dan menjadi kewajipan bagi pemuda pemudi meskipun pelajar islam, disuruh menjaga diri supaya orang yang didalam hatinya ada penyakit, boleh jadi penyakit itu boleh ada didalam diri kita. Jadi jangan dahulu bersangka buruk kepada lelaki, ternyata didalam hati kita juga ada penyakit. Memang didalam al-quran menyatakan bahawa penyakit itu seakan-akan ditujukan kepada lelaki tetapi ingatlah bahawa perempuan juga tidak terlepas dari penyakit itu.

Oleh itu, kita seharusnya menjaga diri sebagaimana dikatakan dalam surah an-nur ini bahawa penarik yang menjemput itu adalah PEREMPUAN. Dan jika terjadi perbuatan zina, itu adalah disebabkan perempuan kerena dia yang membenarkan dan dia yang menbolehkan.

Dari sini kita seharusnya berhati-hati. Jangan merasakan bahawa diri kita solehah mampu menepis dan menjauhkan diri daripada godaan syaitan, kerana itu akan membawa masalah kepada diri kita sendiri. Kita berkhayal bahawa  “saya sukakan dia” dan “dia sukakan saya”. Berlarutan dengan khayalan itu seakan-akan empunya diri sudah berpunya… bagaimana??? Dia sudah jatuh cinta sendiri kan??? @ senang cakap syok sendiri…

Jiwa yang sihat adalah jiwa yang hidup realiti, bukan terbawa dengan khayalan dan angan-angan. Jangan takut, jodoh itu ditangan ALLAH, tunggu sahaja. Akan datang pada waktu yang  tepat, bukan yang kita kehendaki.

Kebanyakkan orang merancang bahawa jika selesai belajar baru nak kahwin. Tetapi ditengah perjalanan dia kahwin. Ada orang nak kahwin awal, tapi jodahnya tak sampai lagi. Itulah yang dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan bagi lelaki dan perempuan yang tidak mampu menjaga diri adalah dengan berpuasa, dan puasa itu menjaga syahwat yang zahir dan batin.

Dan disibukkan wanita itu, banyak sekali yang harus dipersiapkan. Lelaki yang harus dipersiapkan adalah ilmu,kerja, mencari rezeki untuk anak isteri dan sebagainya.

Tetapi seorang wanita yang bergelar isteri harus mempersiapkan diri :

  • bagaimana menjadi seorang isteri ? 
  • bagaimana menjadi seorang ibu ? 
  • bagaimana menjadi suri rumah tangga ? pandai memasak, pandai mengatur rumah tangga, 
  • bagaimana cara berkhidmat untuk suami ?

Khidmat seorang isteri kepada suami bukan sekadar menyiapkan makanan, tempat tidur dan sebagainya… tetapi dengan bagaimana kita mengetahui selera suami sebelum dia memberitahu.

Amat rugilah bagi wanita-wanita yang mempunyai keluarga dan kerjaya tetapi tidak tahu menguruskan rumah tangga. Disebabkan dia bekerja, pengurusan rumah dibahagi dua dengan suami. Itu adalah satu kerugian yang besar baginya.

Belajarlah agar tidak menyuruh @ memerintah suami, kerana suatu hari nanti kita akan terbiasa dengan menyuruh dan memerintah suami dihadapan ibu mertua, saudara mara dan sebagainya.

Kita mahukan suami kita yang terbaik bukan ? biarkan suami kita keluar mencari ilmu @ bekalan untuk dia ajarkan kapadanya. Jangan kita berharap kepada suami kerana  kita ada ALLAH bukan??? Segalanya kita bergantung harap kepada ALLAH S.W.T.

Alasan bahawa wanita itu lemah dan harus bergantung harap kepada suami itu harus dibuang dari pemikiran. Buktinya, jika suami tiada dirumah siapa yang menjaga dan menguruskan anak-anak, bila isteri yang kematian suami, siapa yang berhasil menjaga anak-anak yang ramai seorang diri ???

Jangan membebankan suami dengan alasan-alasan yang tidak sepatutnya. ALLAH  menjadikan zahir kelemahan itu tetapi dalam kelemahan itu, wanita mampu menangani semuanya.

"Simpan satu cinta untuk satu suami yang sah. Simpan mahkota kehormatan dan kesucian untuk satu suami yang berhak. Bina kubu pada dirimu, nescaya Allah bantu bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu. Bina pagar sementara pada kehormatanmu, sebelum Allah ganti dengan title "Muhsanat" (isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus) dengan perkahwinanmu".


*******

No comments:

Post a Comment