100 hari sebelum kematian…
petanda awal yang diberikan ALLAH S.W.T kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya. Berlakunya tanda ini selepas waktu asar, dimana bahagian hujung rambut hingga hujung kaki mengalami satu getaran seperti menggigil. Tanda ini terasa begitu lazat bagi hambaNya yang sedar dan terdetik dihati akan panggilan Ilahi yang bakal menjemput. Dan tanda ini hilang selepas ingatan hambaNya tentang kematian. Bagi hambanya yang tidak diizinkan untuk menyedarinya petanda ini akan hilang begitu sahaja bersama kelalaian mereka.
40 hari sebelum kematian…
Sesudah waktu asar, bahagian pusat akan teresa berdenyut-denyut. Maka pada ketika ini, sehelai daun yang tertulis nama hambaNya akan gugur dari atas arasy ALLAH S.W.T, lalu daun itu disambut oleh malaikat maut yang mula mengekori pemilik nama diatas daun itu sepanjang masa dan dimana jua. Mungkin terjadi malaikat maut ini akan melihatkan wajahnya sekilas pandang. Jika ini berlaku pada hambaNya yang dikehendakinya, nescaya kebingunganlah hamba itu seketika.
3 hari sebelum kematian…
Kala ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi, ketika ini juga mata hitam sudah tidak bersinar lagi. Bagi yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh. Tanda ini akan dapat dilihat jika kita memandangnya dari sisi. Telinganya juga akan layu seolah-olah hujungnya masuk ke dalam. Manakala tapak kakinya yang terlunjur beransur-ansur bengkok kedepan dan sukar ditegakkan.
Sehari sebelum kematian…
Pada satu detik sesudah asar, hambaNya akan berasakan satu denyutan disebelah belakang dibahagian ubun-ubun, yang mana memberi alamat kepada hambaNya yang dia tidak akan bertemu asar keesokannya lagi.
Dalam kitab raudhatul-mustaq malakil khallaq, yang dikarang oleh HAFIZ IBNU AL-JAUZI menerangkan :
“setiap matahari terbit dan terbenam, pasti ada malaikat yang berseru : wahai orang yang berumur 40 tahun, inilah saat menyediakan bekal, kerana saat ini fikiranmu masih cerah, badanmu masih kuat. Dan wahai orang yang berumur 60 tahun, telah dekat masa ajal dan menuaimu tetapi kamu lalai memberi jawapan kepadamu. Bukankah aku telah banyak memberi peringatan untuk dapat memperingatkan dirimu dan bukankah telah datang kepadamu pemberi meringatan itu ?”
The Best Casino Games To Play Now - Dr.
ReplyDeleteThe Best Casino 세종특별자치 출장마사지 Games To Play 양주 출장안마 Now · Lucky 광양 출장마사지 Streak · Starburst · 과천 출장마사지 Wild Cry 2 · 남원 출장마사지 Fortune Reel · Super Thunder · Starburst · Gonzo's Quest