SURAH APAKAH YANG DIGALAKKAN UNTUK WANITA MEMBACANYA?
MENGAPAKAH WANITA DIGALAKKAN UNTUK MEMBACANYA?
YA, INILAH JAWAPANNYA…..
SURAH YANG DIGALAKKAN UNTUK MEMBACANYA ADALAH SURAH AN-NUR . DAN KENAPA WANITA DIGALAKKAN UNTUK MEMBACANYA, MARI KITA BUKA KITAB SURAH AN-NUR YANG DITULIS OLEH ABI ABDULLAH MUSTOFA BIN AL- ‘ADAWI (تفسير النور في سؤال وجواب) .
بسم الله الرحمن الرحيم
سورة انزلنها وفرضنها وانزلنا فيها ءايت بينت لعلكم تذكرون(1)
الزانية والزاني فجلدوا كل وحد منهما مائة جلدة, ولا تأخذكم بهما
رأفة في دين الله ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر, وليشهد عذابهما
طائفة من المؤمنين(2) الزاني لا ينكح الا زانية أو مشركة والزانية
لاينكحها الازان أو مشرك وحرم ذلك على المؤمنين(3)
Maksudnya : DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
1. (Inilah) suatu surah yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat.
2. Penzina perempuan dan penzina laki-laki, sebatlah masing-masing dari keduanya 100x, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanyamencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian;dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman.
3. Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin.
(SURAH AN-NUR : 1-3)
فرضنها - kami wajibkan ke atas kamu menjalankan hukumannya
بينت - penjelasan
تذكرون - lakukan apa yang wajib
في دين الله - iaitu hukum Allah
Surah AN-NUR ini dinamakan bagi suatu tempat yang tinggi dan mulia dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa terdapat suatu masalah yang perlu ditekankan. Seperti yang disebut seorang penyair yang bernama Zahir :
ألم تر ان الله اعطاك سورة ترى كل ملك دونها يتذبذب
TIDAKLAH ENGKAU TAHU ALLAH TELAH BERI KEAGUNGAN SETIAP PENGUASA YANG TIDAK MEMILIKI KEAGUNGAN ITU AKAN GONCANG
Allah juga menerangkan dan menekankan dalanm surah ini tentang halal, haram, perkara yanga disuruh, perkara yang dilarang, batasan-batasan dan adab-adab.
RAHSIA KENAPA DIDAHULUI PENZINA PEREMPUAN DARIPADA LELAKI
PERSOALAN-PERSOALAN YANG DIBINCANGKAN :
1. Kenapa didahului dengan penzina perempuan kemudian baru penzina lelaki?
a. Perempuan itu bawa kepada zina dengan pakaiannya, lemah lembut kata-katanya dan dengan cara jalannya.
b. Perempuan juga member kesempatan kepada lelaki untuk melakukan zina.
c. Nafsu kepada perempuan itu lebih tinggi, ia tidak kelihatan kerana ia tersembunyi seperti kata-katanya yang sangat lembut dan sebagainya yang membawa kepada zina.
d. Perempuan ini pengajak kepada zina, sehingga menjadi pelacur.
e. Zina itu lebih aib kepada perempuan.
2. Zina yang bagaimana bila dilakukan dikenakan had?
Zina yang dikenakan had adalah apabila lelaki dan perempuan yang bersetubuh yang tiada ikatan perkahwinan.
3. Apakah tanda-tanda penzina yang dikenakan had?
a. Saksi (4 orang lelaki).
b. Hamilnya perempuan tanpa suami.
c. Pengakuan penzina bahawa dia telah melakukan zina.
4. Siapakah yang harus melakukan sebatan?
Pemimpin yang harus melakukan sebatan bagi penzina ataupun orang-orang yang dilantik oleh pemimpin. Bagi hamba yang melakukan zina, sebatan akan dilakukan oleh tuan dia.
5. Adakah sebat yang disebutkan dalam ayat tadi mempunyai sifat yang khusus?
Ulama’ bersepakat sebat bagi penzina ini dengan menggunakan cemeti. Had-had untuk menyebat penzina-penzina ini tidak terlalu kuat, tidak melukakan sehingga memudaratkan dan cara menyebat itu tangan diangkat tidak terlalu tinggi sehingga Nampak ketiak.
6. Adakah ada tambahan hukuman bagi penzina-penzina ini setelah mereka disebat? Dan apakah dalilnya?
Ya, ada tambahan hukuman bagi penzina-penzina ini iaitu setelah disebat mereka akan diasingkan tempat tinggal. Dalilnya : berkata Rasulullah S.A.W : ( ambillah hukum ini dariku ,Allah telah member jalan bagi penzina ini dengan 100x sebatan dan diasingkan selama setahun).
Hukum sebatan bagi hamba tidak sama dengan penzina yang merdeka.
7. Berapakah sebatan yang dikenakan bagi hamba yang berzina?
Firman Allah S.W.T : maka hukuman bagi mereka setengah dari hukuman perempuan-perempuan merdeka (yang tidak bersuami).
(SURAH AN-NISA : 25)
Hukuman bagi hamba yang berzina adalah separuh daripada penzina yang merdeka iaitu 50x sebatan.
8. Penzina lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, setelah diberikan hukuman, adakah mereka ini perlu dikahwinkan @ tidak?
Dalam kes ini, lelaki selalunya disuruh untuk bertanggungjawab setelah apa yang telah dilakukan. Tapi tidak ada paksaan bagi kedua-duanya untuk berkahwin.
9. Apakah hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin?
Hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin adalah rejam.
dalil:
ما اخرجه مسلم من حديث عبادة بن الصامت صي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( خذوا عني , خذوا عني , قد جعل الله لهن سبيلا , البكر بالبكر جلد مائة ونفى سنة , والثيب جلد مائة والرجم ))
Diriwayat oleh muslim (hadis 1690) daripada ‘ubadah bin somat r.a berkata, bersabda RASULULLAH S.A.W : (( ambil dariku, ambil dariku, ALLAH telah menjadikan bagi wanita-wanita jalan, wanita yang belum berkahwin 100x sebatan dan diasingkan selama setahun, dan wanita yang sudah berkahwin (janda) 100x sebatan dan rejam)).
Juga diriwayatkan oleh IMAM BUKHARI (hadis 6830) dan MUSLIM (hadis 1691) daripada Abdullah bin Ibnu Abbas r.a berkata : berkata Umar Al-Khattab beliau duduk diatas mimbar RASULULLAH S.A.W : ( ALLAH S.W.T telah mengutuskan NABI MUHAMMAD S.A.W dengan kebenaran dan menurunkan ke atas Baginda Al-Quran, maka apa-apa yang diturunkan atas ayat-ayat rejam untuk dibaca, difahami dan dipraktikkan, maka RASULULLAH melakukan rejam, dan kami ikut melakukan rejam bagi penzina yang sudah berkahwin, barangkali takut pada zaman yang akan datang, akan berkata orang-orang lain : kami tidak menjumpai ayat-ayat rejam dalam Al-Qurandan meninggalkan apa yang telah difardukan oleh ALLAH S.W.T, iaitu hukuman rejam dalam Al-Quran ke atas penzina lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin, apabila ada saksi, mengandung dan mengaku.
Juga hadis yang diriwayatkan oleh IMAM BUKHARI (hadis 6814) dan MUSLIM (m/s 1318) daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansori r.a, datang seorang lelaki dari kabilah aslam menemui RASULULLAH S.A.W mengakui telah melakukan zina, lelaki tersebut telah mengakui sebanyak 4x, maka RASULULLAH S.A.W melakukan rejam kerana dia telah berkahwin.
Juga hadis yang diriwayatkan oleh IMAM MUSLIM (hadis 1692) daripada Jabir bin Samirah r.a berkata: aku melihat Ma ‘iz bin Malik datang bertemu RASULULLAH S.A.W iaitu seorang lelaki yang rendah, tegap dan tidak memakai baju mengaku kepada RASULULLAH S.A.W sebanyak 4x sesungguhnya dia telah melakukan zina. Maka RASULULLAH S.A.W berkata : mungkin tidak sampai melakukan jimak? Berkata Ma ‘iz : tidak, demi ALLAH aku telah melakukan zina. Lalu RASULULLAH merejamnya.
Terdapat banyak lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh IMAM BUKHARI dan MUSLIM.
Dan dalil sebahagian dari ahli ilmu ke atas rejam dengan dalil ijmak, dinukilkan daripada ulama’ bahawa penzina yang merdeka dan sudah berkahwin dihukum rejam. Dan yang demikian, dalil quran yang dinasahkan tetapi hukum masih berlaku, iaitu : ((siapa yang melakukan zina, rejam mereka)).
Siapakah yang direjam; iaitu, penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, baligh (cukup umur), berakal, dan sudah berkahwin dengan akad nikah yang sah.
10. Adakah rejam disertakan sekali dengan sebatan?
Disebut oleh sebahagian ahli ilmu, daripada Amirul Mu’minin ‘Ali r.a, seorang penzina lelaki @ perempuan yang telah berkahwin disebat kemudian direjam, sebat seperti firman ALLAH S.W.T : (( perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya 100x sebatan)). Dan rejam seperti dalam hadis : ((sekiranya penzina ini mengaku bahawa dia telah melakukan zina, maka dihukum rejam ke atasnya)). Dan rejam pada hadis ‘Ubadah bin Somat r.a, daripada NABI S.A.W …….dan padanya : ((bagi wanita yang telah berkahwin (janda) 100x sebatan dan rejam)).
Dan hadis daripada IMAM BUKHARI daripada Ali r.a, telah merejam seorang wanita pada hari jumaat dan berkata : aku telah merejam wanita itu dengan sunnah RASULULLSH S.A.W.
Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa penzina lelaki @ perempuan yang telah berkahwinhukumannya rejam sahaja tidak disebat, dan demikian kerana NABI S.A.W berkata : ((perempuan yang sudah berkahwin yang melakukan zina tidak disebat tetapi direjam)) tidak disebut sebat, demikian direjam seperti yang Nabi lakukan rejam ke atas Ma ‘iz dan tidak disebat.
Berkata HAFIZ IBNU HAJIR RAHIMALLAH :
((berkata IMAM SYAFIE : hadis menunjukkan hukuman sebat adalah ke atas wanita yang belum berkahwin (anak dara) dan gugur ke atas wanita yang sudah berkahwin (janda). Dan dalil yang mengisahkan tentang Ma ‘iz daripada hadis ‘Ubadah tadi menasahkan dengan apa yang telah disyariatkan, pada mulanya hukuman bagi penzina ini adalah dipenjarakan. Maka dinasahkan hukuman itu dari dipenjara dengan disebat. Dan bagi penzina yang sudah berkahwin, direjam, demikian jelas dalam hadis daripada ‘Ubadah, kemudian dinasahkan sebatan daripada penzina yang sudah berkahwin seperti kisah Ma ‘iz yang hanya direjam. Dan tidak bercampur antara keduanya iaitu sebat dan rejam sama sekali)).
11. Adakah direjam juga bagi wanita yang hamil hasil dari perlakuan zina @ tunggu sehingga bersaling?
Tidak direjam bagi wanita yang hamil, sehingga dia melahirkan anaknya. Dan daripada ahli ilmu berkata : tidak direjam wanita tersebut sehingga anaknya berhenti menyusu.
Daripada IMAM MUSLIM (hadis 1695) daripada Imran bin Hasin r.a sesungguhnya seorang wanita dari kalangan juhainah menemui NABI S.A.W dan dia hamil hasil daripada perlakuan zina, maka berkat wanita itu : wahai NABI ALLAH aku telah melanggar batasan, maka hukumlah aku. Maka NABI S.A.W memanggil walinya dan berkata : ((berbuat baiklah kepadanya sehingga dia melahirkan anak)) maka walinya buat seperti yang disuruh oleh NABI S.A.W, apabila wanita sudah melahirkan anaknya, hukuman dilaksanakan pakaian wanita tadi diikat dengan tujuan untuk mengelak dari terbuka aurat semasa hukuman rejam dilaksanakan, maka direjam wanita tersebut kemudian disembahyangkan.
(*p/s : berapa banyak dosa yang telah dilakukan sehingga orang lain menghina dengan perbuatan tersebut, sehingga dia benar-benar bertaubat, lebih baik dari orang berbuat baik tetapi dia sombong.)
12. Adakah dikenakan hukuman hudud bagi orang kafir yang berada diwilayah islam, apabila melakukan zina?
Ya, dikenakan hudud bagi orang kafir yang berada diwilayah islam sekiranya dia melakukan zina.
Daripada Jumhur ahli ilmu (iaitu dinukilkan oleh HAFIZ IBNU HAJIR RAHIMALLAH), diriwayat oleh IMAM BUKHARI (hadis 6841) dan MUSLIM (hadis 1699), daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya RASULULLAH telah dibawa datang dengan lelaki dan perempuan yahudi yang telah melakukan zina, maka berjalan pergi RASULULLAH S.A.W sehingga datang yahudi, maka berkat RASULULLAH S.A.W : ((apa yang kamu dapat dalam kitab taurat iaitu hukuman yang melakukan zina?)) mereka berkata : mukanya akan ditandakan hitam dan akan berarak. RASULULLAH S.A.W : berkata (( kalau itu hukumannya, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang benar)) maka NABI menyuruh mereka membacanya sehingga ke ayat rejam mereka menutup dengan tangan pada ayat tersebut, dan membaca diantara tangannya dan dibelakangnya; dan berkata Abdullah bin Salam yang bersama RASULULLAH ketika itu : perintahkan kepadanya supaya tangannya diangkat. Apabila diangkat tangannya,ternyata memang ada ayat rejam itu. Maka RASULULLAH S.A.W, perintahkan supaya mereka ini direjam.
13. Penjelasan makna ayat dari firman ALLAH S.W.T : (( dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama ALLAH)) [an-nur: 2]?
Bagi ahli ilmu,terdapat 2 pendapat :
a. Jangan ada rasa kasihan, kerana akan menyebabkan gugurnya hukuman yang sepatutnya dilakukan.
b. Maksud dari ayat tadi bahawa pukullah dengan pukulan yang menyakitkan.
14. Berapa banyak saksi yang perlu melihat hudud dilaksanakan?
Bagi ahli ilmu, terdapat 3 pendapat:
a. 1 @ lebih
b. Tidak dapat tidak mesti 4 orang
c. 3 orang
15. Apakah alasan orang disuruh menyaksikan hudud dilaksanakan?
Bagi ahli ilmu, terdapat 2 pendapat :
a. Untuk menjadi ikhtibar dan peringatan kepada orang lain.
b. Supaya orang yang beriman melihat mendoakan dia supaya taubatnya diterima dan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.
Sebahagian ahli ilmu mengatakan bahawa orang yang menyaksikanitu dapat belajar dan mengetahui had-had yang patut dikenakan yang ditetapkan olah syariat, dan dapat melakukan dengan cara yang betul.
16. Sebutkan sebahagian dalil yang mengatakan kejinya zina ini dan pengecaman daripadanya dan akibat zina di hari akhirat?
a. Firman ALLAH : (( janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji. Dan suatu perbuatan yang buruk.)) [ al-isra’ : 32]
b. Firman ALLAH : (( dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain selain ALLAH dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan ALLAH (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat ( pembalasan) doa (nya). Akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh; maka kejahatan mereka ALLAH gantikan dengan kebajikan. Dan adalah ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG.)) [ al-furqan : 68-70]
c. Firman ALLAH : (( perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap keduanya 100x sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH, dan hari akhirat,dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.)) [ an-nur : 2-3]
d. Firman ALLAH : (( dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka @ budakyang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang itulah orang-orang yang melampaui batas.)) [ al-mukminin : 5-7]
e. Firman ALLAH : (( katakanlah : “Tuhankn hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi)) [ al ‘araf : 33]
f. Sabda NABI: (( tidaklah orang yang melakukan zina, dia dalam keadaan iman)).
g. Dari Abu Daud daripada Hurairah r.a : RASULULLAH S.A.W bersabda : (( jika lelaki berzina, maka keluarlah iman dari hatinya, jika ia meninggalkan maka iman itu akan kembali.))
SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA
>>> BERSYUKURLAH jika Allah telah MENOLONG dirimu untuk SEDAR jika tidak..mungkin kamu merupakan salah seorang PEWARIS MAKSIAT tanpa sedar..✿~
Terima kasih Allah, NIKMAT itu cukup BESAR..(✿◠‿◠)
No comments:
Post a Comment