Sunday, November 13, 2011

:.نهاية السول, جزء الثاني. USUL FIQH NASSI, JILID 2, BAHAGIAN 1 .:





FASAL  KE-3 (ms 683)


BERITA YANG DISANGKA KEBENARANNYA (BUKAN SECARA PASTI).

MATAN

(( Definisi khobar ahad.
Pebincangan mengenai fasal ini terfokus dalam 2 perkara :
Kewajipan beramal dengan khobar ahad ditunjukkan oleh dalil quran.
Dan berkata Ibnu Suraijin, Alqaffal AsSyasyi  dan Abu Hasan AlBasri : dalil akal juga menyokong beramal, sama jiga dengan dalil quran.
Ada juga pihak yang mengingkari beramal dengan khobar ahad.. KENAPA??? Sama ada disebabkan :

a.      Tiada dalil yang menunjukkan wajib beramal dengan khobar ahad.

b.      Ada dalil, tapi menunjukkan tidak wajib beramal dengan khobar ahad, sama ada dalil itu berbentuk syarak @ akal.

Dan ada juga yang mengatakan mustahil beramal dengan khobar ahad.
Bersepakat semua ke atas wajib beramal dengan khobar ahad dalam masalah fatwa, kesaksian serta perkara-perkara keduniaan.))

SYARAH

Berkata penulis (القاضى البيضاوي) : Dalam bahagian ke-3 mula membincangkan dalam bahagian khobar, iaitu tidak diketahui kebenarannya mahupun pendustaannya.
Ia mempunyai   3 situasi :

1.      Andaian bahawa ianya kuat, contoh : khobar yang adil.
(kita tidak tahu kebenarannya, ia betul @ tidak, tapi sebab ia diriwayatkan itu kuat oleh orang yang adil, maka sangkaan kita kuat menyatakan bahawa khobar ini adalah khobar yang betul.

2.      Sebaliknya, contoh : seperti yang disampaikan oleh orang yang fasik.

3.      Ia sama seperti khobar yang disampaikan oleh orang yang tidak dikenali. Dan penulis tidak membincangkan situasi yang ke-2 dengan yang ke-3, KENAPA??? Sebab situasi yang ke-2 dengan situasi yang ke-3 ini tidak wajib beramal dengannya seperti yang akan disebut sebentar lagi.

Penulis memaksudkan situasi pertama dengan kata beliau : (( pada khobar yang disangkai kebenarannya)) kerana sangkaan kebenaran itu merupakan antara perkara lazim bahawa andaian kita yang mengatakan khobar itu benar.

Beliau menta’rifkan maksud khobar yang disangkai kebenarannya : (( iaitu khobar ahad yang disampaikan oleh perawi yang adil )).

Dengan kalimah perawi yang (( adil )) : maka telah terkecuali situasi ke-2 dan ke-3 hanya dengan perkataan (( adil )).

Bila sebut  (( khobar ahad )) ertinya :  mutawatir bukan perbincangan kita, sebab khobar ahad ini menurut istilah usuliun : adalah perkara yang menceritakan tentang khobar yang bukan mutawatir, sama ada ia mustafid – iaitu : yang perawi dia ada 3 orang @ lebih, sebagaimana ditegaskan oleh IMAM AMIDI & IMAM IBNU HAJIB – ataupun ia bukan mustafid : iaitu yang diriwayatkan oleh 3 orang @ kurang.

Ertinya : khobar ahad ialah khobar yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang adil, manakala lawannya mutawatir, sama ada mutawatir itu  mustafid iaitu 3 orang @ lebih, dan kalau 3 orang @ kurang ia dipanggil bukan mustafid, sebab kita nak bincang tentang khobar ahad iaitu khobar yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang adil.

Kandungan fasal ketiga ini terbatas dalam membincangkan 2 perkara :
PERTAMA : kewajipan beramal dengan khobar ahad, dimana ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini.

Adakah wajib beramal dengan khobar ahad?

a.      Jumhur berpendapat : wajib beramal dengan khobar ahad.

*kemudian mereka berselisih, mula-mula mereka kata wajib beramal dengan khobar ahad, Cuma mereka berselisih wajib beramal dengan khobar ahad itu adakah berdasarkan dalil quran @ akal ?

Dan majority mereka berkata (dikalangan Jumhur) : wajib beramal dengan khobar ahad ini adalah berlandaskan dalil quran sahaja.


Menurut IBNU SURAIJIN, ALQOFAL ASSYASYI, ABU HASAN ALBASRI : wajib beramal dengan khobar ahad ini adalah berlandaskan dalil quran dan akal.

b.      Pihak yang kedua mengingkari kewajipan beramal dengan khobar ahad dengan erti kata lain, mereka menyatakan ianya harus sahaja beramal,bukan wajib. Kemudian mereka berselisih pendapat pula mengenai dalil, kenapa tidak wajib beramal dengan khobar ahad?


Satu golongan menyatakan : sebab tiada dalil yang menunjukkan bahawa wajib beramal dengan khobar ahad, sebab kalau ada dalil sudah pasti kami juga mewajibkan untuk beramal dengannya.


Golongan lain menyatakan : tidak wajib, sebab ape? Kerana tiada dalil yang menyatakan wajib beramal dengan khobar ahad.


Sekali lagi mereka berselisih pendapat yang mengatakan ada dalil yang menunjukkan bahawa tidak wajib beramal dengan khobar ahad.

                     Sebahagian pendapat mengatakan : tidak wajib itu adalah dalil syarak.
                     Sebahagian pendapat lain mengatakan : tidak, ia dalil akal.

c.       Pendapat yang ketiga mengatakan mustahil wajib beramal dengan khobar ahad dari sudut logik.

Kalau kita lihat dalam kitab Al-Mahsul ketika membincangkan masalah ini seolah-olah ada perbezaan antara mazhab ke-3 (muatahil) dengan mazhab ke-2 (tidak wajib). Dan tindakan ini diikuti oleh musonnif (maknanya, tindakan IMAM FAKHARUDDIN ARRAZI yang menampakkan ada perbezaan antara pendapat ke-2 dengan pendapat ke-3 turut diikuti oleh AL-QODI AL-BAIDOWI). Dan ini komen daripada IMAM AL-ASNAWI yang menzahirkannya bahawa ia adalah sama dan tiada perbezaan.


IMAM ASNAWI datangkan dengan dalil lain : 

Antara dalil yang menunjukkan bahawa pendapat ke-3 dan ke-2 ini sama bahawa penulis kitab AL-HASIL dan AT-TAHSIL, serta ulama’ lain yang meringkaskan kitab AL-MAHSUL tidak membezakan antara pendapat ke-2 dan ke-3. Kemudian mereka hanya memfokuskan pada pendapat yang pertama (iaitu yang wajib beramal dengan khobar ahad), Cuma mereka membezakan  antara pendapat pertama dan ke-2 dengan menyatakan bahawa pendapat pertama wajib beramal dengan khobar ahad dan pendapat ke-2 harus beramal dengan khobar ahad.

Semua bersetuju dan bersepakat menyatakan semua yang berselisih tadi bahawa wajib beramal dengan khobar ahad : dalam masalah fatwa, kesaksian dan urusan keduniaan. Contoh : seorang doktor member khabar tentang penyakit @ selain doktor menberitahu sesuatu perkara yang memudaratkan, ataupun seseorang memberitahu tentang tindakan seorang pemilik taman, contohnya yang mana pemilik taman ini menghalang orang tadi mengambil buah tersebut, selepas membenarkan mengambil buah tersebut dari taman itu.

Adakah kesaksian dia diterima?

Ya, diterima walaupun seorang sebab ini masalah keduniaan. Begitu juga yang seumpama dengannya dalam masalah pendapat @ masalah strategi peperangan dan sebagainya.

Turut disebut dalam kitab AL-HASIL (iaitu IMAM FAKHARUDDIN ARRAZI) mereka yang berselisih ini, bersetuju menyatakan harus beramal dengan khobar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya dalam masalah fatwa, kesaksian dan urusan keduniaan. Ini dia punya ayat, IMAM FAKHARIDDIN ARRAZI kata : diantara 2 gambaran yang digunakan oleh IMAM FAKHARUDDIN ARRAZI dengan gambaran yan digunakan oleh AL QODI AL BAIDOWI iaitu (اتفق الكل على وجوب العمل) & (اتفقوا على جواز العمل) 

~والله اعلم~






No comments:

Post a Comment