Friday, November 4, 2011

:. BON.:


Alhamdulillah,seperti yang dijanjikan, terus kepada perbincangan yang seterusnya iaitu BON.

PENGENALAN

APAKAH IA BON?

Bon ialah 1 kertas hutang yang ada perjanjian antara 2 pihak.

*ada sampai 1 tahap jualan semula dengan harga yang tinggi

Contoh:

Kalau syarikat-syarikat yang besar-besar, mereka hendak menggunakan duit, nak pinjam daripada syarikat lain. Jadi syarikat lain tu tidak boleh keluarkan duit sebab takut-takut tidak mampu untuk bayar balik. Akhirnya dia buat bon dimana ada perjanjian dia pinjam duit itu dari syarikat yang lain tadi. Syarikat yang ingin pinjam duit tadi akan bagi bon kepada syarikat yg dia ingin pinjam tadi. Dan bon itu akan dibeli selepas 3 tahun @ 4 tahun dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Pinjaman yang dapat pada permulaan 10 000, kemudian selepas 3 tahun akan diberi balik dengan harga 13 000.

MAKNA BON (ms 27)

DARI SEGI BAHASA

Apa yang disandarkan kepadanya dan dipegang atasnya daripada jenis yang lain.

DISISI ULAMA’ IQTIDO’

Dia merupakan 1 kertas duit yang sabit bagi hutang dan mempunyai faedah yang tetap.


JENIS BON YANG DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT SAHAM (ms 29) :

1.      Bon yang biasa :

Gambaran daripada bon yang dikeluarkan dengan nilai nama.

2.      Bon penulasan hutang dengan kenaikan pengeluaran :

Gambaran daripada bon yang jelas dengan nilai nama yang melebihi nilai wang (cash) yang dibayar oleh penyumbang untuk menyumbang.

3.      Bon nasib :

Bon yang dikeluarkan dengan nilai nama sahaja.

4.      Bon yang dijamin :

Gambaran daripada bon yang biasa yang dikeluarkan dengan nilai nama.

JENIS RUPA BENTUK (ms 31) :

1.      Bon yang dikeluarkan bagi pemegang dia.
-          Tidak ditulis nama siapa yang beli bon itu, dia berhak ke atas bon itu dan ban itu boleh jual kepada syarikat lain.

2.      Bon yang dikeluarkan tertulis nama hak pemilik kepada individu @ syarikat.
-          Bergantung kepada nama.

PERBEZAAN ANTARA SAHAM DAN BON (ms 31)

SAHAM
BON
Merupakan 1 juzuk daripada modal syarikat @ bank.
Merupakan 1 juzuk daripada hutang ke atas syarikat @ bank.
Menghasilkan 1 juzuk daripada keuntungan syarikat @ bank, kurang @ lebih mengikut kepada keberjayaan syarikat @ bank, dan juga boleh jadi rugi.
Memberi hasil faedah yang tertentu daripada hutang, tidak lebih dan tidak kurang. Semua sama sahaja.
Pemegang saham diikhtibarkan pemilik kepada syarikat @ bank dengan nilai saham.

*pemegang saham ia merupakan salah satu pekongsi dengan syarikat, dalam syarikat dia berhak bersuara.
Pemegang bon diikhtibarkan orang yang berhutang kepada syarikat @ bank dan bukan pekongsi.

*kalau bon selaku penghutang sahaja bukan pekongsi.
Contoh : ada 5 pekongsi, mereka berhak bersuara dalam mesyuarat. Berbeza dengan bon, bon seperti penghutang. Contoh nak buat syarikat memerlukan 1 000 000, ada pada dia 800 000, lagi 200 000 tiada. Akhir sekali dia keluarkan bon yang bernilai 200 000. Dalam tempoh 4 tahun, bon itu org tu akan beli balik dengan harga 200 200. Jadi, syarikat yang kedua tadi akan beli bon dengan harga 200 000 dan dia dapat bon dan guna untuk syarikat dia. Sebarang penggunaan duit tadi dan syarikat yang bagi duit tadi tidak berhak bersuara.
Tidak dibayar kecuali selepas langsai semua projek, kemudian dibahagikan sama ada untung @ rugi.
Akan bahagi untung pada waktu tertentu.

 PERSAMAAN ANTARA SAHAM DAN BON (ms 32)

# Diberikan nilai yang tertentu ketika mana pengeluarannya dan juga harga pasaran saham.

# Kedua-dua itu diterima sebagai barang muamalah seperti barang-barang yang lain.

HUKUM MENGGUNAKAN BON (ms 32)

Perbezaan pendapat ulama’ fuqoha’ dalam hukum menggunakan bon @ sijil pelaburan, terdapat 3 pendapat :

PENDAPAT  1 :

Haram semua jenis bon.

HUJAH :
1.      Bon itu merupakan 1 hutang yang dikeluarkan oleh syarikat  kerana untuk mendapatkan faedah yang telah disyaratkan, ia merupakan riba’ nasiah (bertempoh) dan riba’ fudol (lebih).

2.      Hutang itu merupakan 1 gambaran daripada gambaran simpanan bank, maka dikira baginya faedah pada semua jenis-jenisnya, tapi tidak dikira pun dia itu seolah-olah macam simpanan disini. Kalau dikatakan ia itu simpanan bank, akan dijaga dan dikira sebagai amanah. Tapi duit yang kita bagi itu bukan simpanan tapi digunakan. Maka kalau guna tidak dinamakan sebagai wadiah (barang amanah).

PENDAPAT  2 :

Hukum menggunakan bon halal.

1.      Merupakan 1 gambaran mudhorobah (berniaga dengan modal orang) iaitu harus disisi syarak.

2.      Sijil pelaburan dalam  muamalat moden yang akan beri manfaat pada individu dan umat pada muamalat yang halal, maka harus kita gunakan selama mana ia bermanfaat.

MUNAQOSYAH PENDAPAT KEDUA (ms 36) :

1.      Ia adalah mudhorobah yang tidak sah, kerana akad mudhorobah merupakan akad syarikat, antara pemilik harta  dan pembuat kerja. Untung antara mereka bergantung kepada persepakatan. Adapun kerugian juga merupakan hasil daripada peratusan modal. Dan  tidak sangka pembuat kerja akan rugi, kerana dia berusaha untuk mendapat keuntungan. Berbeza dengan mudhorobah, mereka berkongsi sama ada untung @ rugi. Tetapi dalam bon, tidak berkongsi untung @ rugi. Walaubagaimana sekalipun, bon ini mesti untung. Jadi perlaksanaan itu tidak sama dengan gambaran. Maka ia ditolak pendapat yang mengatakan ia adalah mudhorobah.

2.      Yang bermanfaat bagi individu dan masyarakat, jadi riba’ pun ada untung dan ada rugi. Tetapi pertimbangan syariat  diantaranya dan diantara mudorat yang berlaku ke atas riba’ akan menyebabkan berlaku permusahan dikalangan masyarakat.


3.      Boleh dengan niat untuk memberi keuntungan Negara, tetapi niat ini tersembunyi. Kalau ianya haram ia tetap haram, sekali pun niatnya untuk membantu Negara.


PENDAPAT  3 :

Membezakan antara jenis-jenis sijil-sijil, harus kita bermuamalah dengan sijil pelaburan bagi majmuah (ج) pada ms 28.

Kesimpulannya, kedua-duanya haram. Mereka menggunakan dalil yang sama bagi orang yang menggunakan bon bagi majmuah (ا) dan (ب) pada ms 28.

Mereka mendalilkan bagi harusnya bon ketiga ini dengan dalil berikut :

1.      Memberi manfaat bagi individu sepertimana dalil yang digunakan oleh pendapat kedua.

2.      Termasuk dalam perjanjian yang diharuskan oleh sebahagian fuqoha’, maka harus bagi kita ambil pendapat yang kata harus, yang dikatakan bermanfaat.


MUNAQOSYAH PENDAPAT KETIGA (ms 38) :

1.      Termasuk dalam perjanjian yang diharuskan sebahagian fuqoha’ selain muslim kerana hakikat harus ini tidak terkeluar daripada riba’.

PENDAPAT YANG DIPILIH (ms 39) :

Selepas kita membentangkan bagi pendapat fuqoha’ maka zahirlah bahawa pendapat yang pertama lebih utama iaitu haram menggunakan bon kerana bon merupakan hutang yang dapat pertambahan riba’ kerana ia merupakan riba’ nasiah (bertempoh) yang haram. Dan tidak harus kita menjual bon dan menggunakannya, sama ada pengeluaran itu syarikat saham @ luar Negara.

PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH FIQH ISLAMI BAGI BON (ms 40) :

1.      Bon yang diwajibkan bagi pembayaran, jumlahnya yang bersama-sama dengan faedah yang dinisbahkan kepadanya @ manfaat yang telah disyaratkan hukumnya haram. Daripada jual @ beli @ menggunakannya hukumnya tetap haram, kerana ia merupakan hutang riba’ sama ada pengeluar itu adalah pengeluar yang khusus @ umum yang ada hubungan dengan Negara.

2.      Haram juga bagi bon penambahan(علا وة), ia merupakan hutang yang berlaku penjualannya dengan nilai yang kurang daripada nilai yang ditulis.



3.      Haram juga bagi baon yang diharuskan tadi diiktibarkan sebagai untung, disyaratkan dengan manfaat dan tambahan dengan nisbah sekumpulan orang yang membali hutang @ setengah daripada mereka, maka ia tidak terlepas daripada perumpamaan macam perjudian.

Insyaallah tajuk yang akan datang akan membincangkan tentang zakat bagi saham dan bon.
 
~SEGALA YANG TERBAIK DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T~

 اللهم لا سهل الا ما جعلته سهلا وانت تجعل الحزن اذا شئت سهلا

والله اعلم- -



No comments:

Post a Comment