Friday, November 11, 2011

:. حشيتان, كتاب الصداق, جزء الثالث (FIQH SYAFIE NASSI, JILID 3, MAHAR) .:


:. BAHAGIAN  1.:

MAHAR (ms 276)

Iaitu mahar dan disebut juga sebagai sedekah dan asal mahar itu, firman ALLAH S.W.T :
 {واتوا النساء صدقاتهن نحلة} ertinya: dan didatangkan kepada wanita-wanita itu maskahwin. Dan disebut dalam bahasa arab (تحديد مقدارة فى العقد الزواج) iaitu menentukan kadar pada akad perkahwinan… SEBAB APA??? Disunatkan menentukan kadar pada akad perkahwinan, nak mengangkat perbalahan antara suami isteri. Sebab itu disunatkan kadar maskahwin dalam akad nikah.

Dan disebut juga dalam hadis S.A.W : disunatkan menentukan maskahwin pada akad nikah kerana (قال صلى الله عليه وسلم : لم يخل نكاحا منه) tidak sunyi daripada menyebut ketentuan kadar mahar tersebut.

Dan harus juga tidak menyebut mahar tersebut secara ijma’ (sepakatan ulama’).

Kaedah IMAM NAWAWI sebut :-

(apa sahaja yang sah dikira sebagai barang, dan sah juga dijadikan ia sebagai mahar),
Sama ada sikit @ banyak. Sekiranya mahar tadi disebut sehingga sampai 1 peringkat mahar yang terendah sekali (tiada nilai) maka rosaklah nilai ketentuan mahar tadi.

Contoh : Bila seorang perempuan letak mahar dia pada sebuah kereta, harga lebih dari 10 000. Mahar ini dipanggil (مهر مسمى). Tiba-tiba kereta tersebut rosak. Bila rosak kereta tersebut maka mahar tersebut kembali kepada (مهر مثل). Sebab itu dia kata, kalau sekiranya مهر مسمى itu sedikit sampai tiada nilai langsung @ disebut sebagai
(فى قلة الا احد لا يتمول فسد التسمي), maka akan terbatallah مهر مسمى  tersebut, maka kene kembali kepada مهر مثل. مهر مثل ikut kepada kebiasaannya pada negeri tersebut. Ada yang 70 @ 80 dan sebagainya berdasarkan kepada ketentuan tempat masing-masing.

Mahar tersebut tidak boleh kurang daripada 10 dirham. NABI S.A.W sebut dalam hadis :
(التميز ولو ختم من حديد) berikanlah mahar tersebut walaupun sebentuk cincin daripada besi. Maksudnya kalau tiada nilai langsung kembali kepada مهر مثل  . KERANA APA??? Kerana ABU HANIFAH mengatakan tidak boleh kurang daripada 10 dirham. Mesti 10 dirham @ lebih. Kalau kurang tidak dinamakan sebagai mahar. Dan tidak lebih mahar tersebut 500 dirham. Kerana berdasarkan kepada mahar NABI kepada isteri-isteri baginda yang diriwayatkan daripada imam muslim daripada Aisyah R.A.

(Ms 277)
Pandangan 1

Sekiranya mahar tersebut ialah barang, maka barang yang dia nak bagi tadi rosak (dipihak lelaki tadi) maka lelaki tadi dia kena jamin barang yang rosak tadi ataupun mahar yang dia nak bagi tadi sebagai jaminan kembali kepada مهر مثل  . Bila rosak,kena ganti balik tapi tidaklah berdasarkan kepada nilai dia. Walaubagaimana sekalipun,dia kena kembali kepada مهر مثل  , sepertimana barang yang ada pada tangan si penjual.

Pandangan 2

Bila disebut (ضمان يد) iaitu ganti yang sama jenis dengan barang rosak tadi.
Contoh : kereta yang dia nak bagi itu berharga 10 000, tiba-tiba mahar yang dia nak bagi itu rosak. Jadi, dia kena ganti kereta lain @ ganti dengan sama nilai kereta tadi.

*p/s : pandangan 1 & 2 memainkan peranan penting dalam tajuk ini…

Jadi, berdasarkan kepada pandangan 1 tadi, bakal isteri tidak berhak untuk jual barang tadi sebelum dia terima.

SEBAB :-
1.      Barang tadi bakal isteri tidak terima lagi. Maka berdasarkan hadis NABI S.A.W :        (لا تبع ما ليس عند) jangan sama sekali kamu jual apa yang tiada disisi kamu.

Berbeza dengan pandangan 2 seolah-olah macam boleh jual.

SEBAB :-
1.      Barang tadi diganti dengan nilai yang sama juga.

# Berdasarkan kepada pandangan 1, bila rosak مهر مسمى  dia kena ganti dengan  مهر مثل . sudah tentu مهر مثل  tidak sama dengan  مهر مسمى . Tapi pandangan 2, bila rosak مهر مسمى  , macam mana sekalipun kena ganti yang sama jenis @ nilai dia.

MASALAH 1 (rosak ditangan lelaki)

(ms 277) (ولو تلف فى يده........)

Kalau sekiranya rosak barang tadi pada pihak lelaki dengan sebab apa-apa sekali pun, maka  wajib مهر مثل  kerana terfasahnya akad mahar tadi dengan sebab rosak. Beza dengan pandangan 2, tidak terfasah akad tadi sebab wajib kena ganti yang sama dengannya.


MASALAH 2 (rosak ditangan perempuan)

 (ms 277) (وان اتلقته (الزوجة).....)

Kalau perempuan yang rosakkan barang tersebut, dia terima barang tersebut ada dua pendapat :-
1.      Bila lelaki yang rosakkan, dia kena bayar balik, dan kena bagi مهر مثل  .
contoh :- kalau barang tadi ada pada lelaki sebelum perempuan terima maka lelaki yang kena jamin barang yang rosak.

2.      Sekiranya barang tadi rosak ditangan perempuan, maka si perempuan tadi kene bayar nilai mahar tersebut dan terima مهر مثل  .

*p/s :- rujuk semula pandangan 1 & 2.

MASALAH 3 (rosak ditangan wakil)

(ms 277) (وان اتلفه اجنبي........)

Kalau sekiranya wakil lelaki yang rosakkan barang tersebut, perempuan tadi dia boleh buat pilihan, sama ada nak batalkan mahar tadi @ kekalkan mahar tadi.


SEKIRANYA BATALKAN

1.      (berdasarkan pandangan 1) Jika sekiranya perempuan tadi membatalkan mahar tadi yang wakil lelaki tadi rosakkan, maka si perempuan tadi kena ambil daripada lelaki tadi مهر مثل  .

2.      (berdasarkan pandangan 2) kalau مهر مسمى  rosak, kena ganti benda yang sama dengannya. Jadi lelaki tadi kena ambil bayaran daripada barang yang rosak tadi.


SEKIRANYA KEKALKAN
1.      (berdasarkan pandangan 2) sekiranya perempuan tadi tidak membatalkan مهر مسمى   tadi, diganti rugikan benda yang rosak tadi, sama ada yang diganti rugi tadi serupa dengan barang @ nilai yang sama dengan barang tadi.

2.      (berdasarkan pandangan 1) sekiranya lelaki yang rosakkan barang tadi maka lelaki tadi kena bayar مهر مثل  .


a.      SEKIRANYA MAHAR DIA HAMBA(ولو اصدق عبدين.......) (ms 277)

Kalau sekiranya lelaki tadi, dia bayar mahar dengan 2 orang hamba, salah seorang daripada hamba tadi ada masalah sebelum perempuan tadi terima, maka terbatallah akad mahar tadi.

Tapi tidak batal mahar yang berbaki, daripada pandangan mazhab.

Bila timbul masalah ini, perempuan tadi boleh buat pilihan sama ada hendak membatalkan mahar tadi @ kekalkan.

SEKIRANYA MEMBATALKAN

(berdasarkan pandangan 1)

Sekiranya pilihan perempuan tadi adalah membatalkan mahar tadi, maka lelaki tadi kena bayar مهر مثل  .


SEKIRANYA KEKALKAN

Sekiranya perempuan tadi kekalkan mahar tadi, bahagian mahar yang rosak tadi juga merupakan sebahagian daripada mahar juga, kerana perempuan tadi menerima mahar tersebut.

(berdasarkan pandangan 2)

Mahar tadi tidak terbatal kerana sama ada  kekal @ batalkan lelaki tadi tetap kena bayar benda yang sama dengannya @ nilai yang sama dengannya.


b.      MENAHAN DIRI (ms 278(

(ولها حبس نفسها ليقبض المهر المعين.....)

Berhak bagi perempuan tadi menahan diri dia kerana hendak menerima mahar tertentu.

Contoh :-

Si suami berjanji dengan isteri dia….suami tiada duit tapi nak kahwin. Mahar itu diberi lepas 2 @ 3 hari kahwin baru dapat. Si isteri pun buat perjanjian juga dengan suami dia…kalau macam tu,dia akan serah diri dia selepas dapat mahar tersebut.

SEBAB APA ISTERI BOLEH MENAHAN DIRI???

Supaya isteri dapat terima mahar yang tertentu waktu itu dan bukan bertempoh.

Kalaulah sekiranya dihalalkan sebelum daripada dia terima barang, maksudnya suami tadi halal bersetubuh dengan isterinya sebelum isteri terima mahar, maka titubuh sy dak dikira sebagai menahan diri (الاصح) .


c.       MASALAH TIDAK MAHU BAGI MAHAR DAN ISTERI TIDAK MAHU BAGI (ms 278)
(ولو قال كل)


Kalau sekiranya salah seorang berkata, contoh : isteri berkatakepada suami @ suami berkata kepada isteri : saya tidak akan bagi mahar sehinggalah kamu bagi tubuh kamu @ saya tidak akan bagi tubuh saya sehinggalah kamu bagi mahar kepada saya.

Dalam 1 pendapat mengatakan dipaksa suami tadi untuk memberikan mahar kalau jadi masalah seperti ini….

SEBAB APA??? Macam mana  sekalipun, suami tadi bila sudah bersama dengan isteri dia, maka wajib bagi mahar.

Tapi kalau suami kata kepada isteri dia : kalau kamu letak-letak syarat aku tak nak.

Maka isteri pun kata :  kalau macam itu tak pe, kalau tak terima syarat maka terfasahlah.

Jadi mahar tadi tidak wajib bagi suami kepada isteri.

(penerangan sebab kena bagi mahar)

Kerana kalau suami nak mintak semula mahar yang dia bagi kepada isteri, dia akan dapat balik benda yang sama. Tapi berbeza dengan (بضع) faraj perempuan kerana selepas suami gunakan isteri, tidak dapat balik seperti yang asal. Sebab itu wajib ke atas suami untuk bagi mahar kepada isteri dia , tapi bukan isteri yang paksa kena bagi.


1 lagi pendapat mengatakan tidak boleh paksa, siapa yang terima, maka dipaksa ke atas tuannya kerana ia terletak ke atas keduanya. Maksudnya, kalau isteri sudah terima mahar maka berhak baginya menunaikan hajat suami dia. Kalau suami dia sudah menggunakan (بضع) faraj isteri dia, berhak dan wajib bagi suami tadi bagi mahar tersebut. Tiada siapa yang berbeza-beza, kerana sama sahaja hak mereka berdua.

Pandangan yang paling muktamad sekali, kedua-duanya dipaksa untuk bagi, kerana mereka ini disuruh tetap pendirian masing-masing.



d.      BERSIHKAN DIRI (ms 279)(ولو استمهلت لتنظف ونحوه........)

Kalau sekiranya  si suami dia bagi mahar pada isterinya, kemudian si isteri tadi enggan untuk bersetubuh dengan suami dia tadi kerana dia hendak membersihkan dirinya.

Dalam masalah ini boleh bagi si isteri tadi dia menahan diri dia daripada bersetubuh dengan suami dia, dengan sebab membersihkan diri. Pada syarak, 1 @ 2 hari sahaja. Tidak boleh lebih dari 3 hari. Pada syarak wajib, tapi bada pendapat yang lain hanya sunat sahaja.

Tapi bukan dengan sebab haid, sebab mana mudah oran yang haid ini kadang-kadang panjang tempohnya. Boleh bagi suami tadi untuk berseronok-seronok dengan isteri tapi dengan syarat tidak bersetubuh.



e.      APAKAH HUKUM, KALAU SEKIRANYA LELAKI NIKAH DENGAN BUDAK PEREMPUAN (ms 279)(ولا تسلم صغير, ولا مريضة.........)

Si suami tidak boleh lagi bersama dengan budak kecil yang tidak baligh lagi dan tidak boleh juga bersama dengan perempuan yang sakit, pada waktu itu si suami tidak boleh bersama dengan mereka ini untuk memunaikan hajat dia. Walaupun dia dah bagi mahar tersebut, sehingga hilang halangan-halangan pada mereka ini. Kerana kalau si suami tadi bersama juga, akan beri mudhorat kepada kedua-duanya.



f.        MASALAH BERKHALWAT SAHAJA, ADAKAH KENA BAGI MAHAR ? (ms 279)
(لا بخلوة فى جديد.......)

Contoh : malam pertama, suami duduk dalam bilik sahaja @ sembang-sembang sahaj. Tidak bersetubuh pun. Dalam masalah ini, adakah suami perlu bayar kepada isterinya dengan sebab dia berkhalwat sahaja?

Pendapat IMAM SYAFIE :

PENDAPAT JADID : dalam masalah ini, tidak kena bayar mahar. Sebab dia hanya berkhalwat sahaja.

PENDAPAT QODIM : kena bayar juga mahar kerana kita ragu-ragu sebab tidak tahu mereka duduk berdua @ bersetubuh. Sebab itu, bila berlaku zon seperti ini, si suami kena bayar mahar tersebut.


~ والله اعلم~



No comments:

Post a Comment