Monday, October 31, 2011

PEMBUKA BICARA

بسم الله الرحمن الرحيم  

فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون

Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali  kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
(At-Taubah:122)

Alhamdulillah segala pujian hanya untuk ALLAH yang memberi kekuatan dan segala nikmat dalam kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar RASULULLAH S.A.W dan seluruhnya..

Berjalan tanpa henti dipilih adalah untuk memperingatkan kembali ilmu-ilmu yang dipelajari, supaya ianya tidak terbuku begitu sahaja malah dapat disampaikan apa yang telah dipelajari. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu dan memahamkan bagi yang kurang memahami sesuatu yang kurang pasti. Jadi jalan ini dipilih untuk sama-sama berkongsi ilmu yang dipelajari, seperti yang disebut oleh ALLAH S.W.T dalam firmannya diatas.

Segala kekurangan diharapkan dapat diperbetulkan dan diterima dengan hari yang terbuka. Moga segala usaha ini mendapat rahmat-NYA. Amin.
wassalam.






No comments:

Post a Comment