Kitab ini disediakan oleh DR. AMAL YASIN ABDUL MUKTI, DR.ALI ABDUH MUHAMMAD ALI, DR. IMAD ABDUL A'TI HADI dan DR. WALID SOLAH.
Tajuk yang akan dibincangkan pada hari ini adalah tajuk saham. Apakah yang dimaksudkan dengan saham,bahgian-bahagian saham, bentuk-bentuk hak, hukum menggunakan saham dan sebagainya telah dibincangkan dalam kitab ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
(BAHAGIAN 1)
SAHAM (ms 8)
PENGENALAN SAHAM
Saham dan Bon merupakan satu kertas kewangan dimana disitu kita buat perniagaan pada pasaran yang khusus yang dinamakan sebagai (bursa saham) dan saham dan bon ini ialah apa yang memisahkan ke atasnya pengetahuan sesuatu kewangan iaitu (nilai yang berpindah).
CONTOH:
Kita adakan bursa sebab terdapat pencarum iaitu orang yang pegang saham itu menarik diri tengah-tengah dalam perniagaan….contoh perniagaan itu mengambil masa kontrak 5 tahun, kemudian ada 10 pemegang saham, dalam tempoh selepas 2 tahun ada 2 orang tarik diri sebab berlaku masalah muflis dan yang berkaitan yang membuatkan dia tidak dapat meneruskan perniagaan tersebut. Maka saham mereka ini akan dijualkan dibursa saham, bermaksud siapa yang nak beli saham boleh datang pada syarikat untuk beli bursa saham ini, contoh: syarikat Ali ada saham sekian-sekian dan harga sekian-sekian…..jadi bila buat macam ni, dia boleh menampung masalah yang berlaku pada syarikat tersebut.
APAKAH MAKSUD SAHAM (ms 9)
Saham yang memisahkan ke atas untung diri dan nasib.
(فى علم الاقتصاد): “dokumen@ cek” yang menyerupai 1 juzuk daripada deposit modal, naik dan turun mengikut kepada berlakunya kewangan tersebut.
Hak pemilikan juzuk tersebut bagi modal yang besar bagi syarikat saham, setiap saham itu merupakan juzuk daripada juzuk-juzuk yang sama bagi modal.
Terdapat 2 makna pemisahan:
1. Bahagian yang diberikan oleh pekongsi dalam syarikat saham iaitu menyerupai 1 juzuk daripada modal.
2. Merupakan cek yang diberikan bagi pemegang saham dan pencarum serta merupakan wasilah untuk mensabitkan hak-haknya dalam syarikat, dan tidak menghalang daripada memikul saham ke atas yang ditentukan.
Bahagian-bahagian saham pada syarikat saham (ms 10)
Pembahagian saham daripada aset yang dibayar ahli kongsi
v Membeli aset @ barangan
Iaitu membayar harta bukan duit, menyerupai bahagian-bahagian aset pada modal syarikat, dan bahagian aset dalam fiqh islami yang dimaksudkan ialah perkongsian dari segi barangan.
Khilaf ulama’ dalam bab perkongsian dalam bentuk barangan:
Ø Jumhur fuqoha’ daripada Imam Hanafi,Syafie,Hambali pada salah satu pendapat Imam Hambali : hukumnya haram.
Ø Pendapat Imam Maliki dan Hambali: harus, ketika mana kita sempurnakan pelaksanaannya ketika berakad.
Pendapat kedua ini, memenuhi keperluan dan kehendak manusia dan juga perkembangannya, dan tidak bertembung dengan kaedah syariat.
v Saham duit
Ø Membayar saham dengan menggunakan duit. Hukumnya harus, kalau menggunakan duit maka semua ulama’ mengatakan hukumnya harus.
Pembahagian dua bentuk saham
v Saham ismiyah
Ø Ialah, yang membawa nama pemegang saham dan mensabitkan pemilikan bagi saham tersebut,ini merupakan asal bagi syarikat secara syarak, kerana pekongsi akan mendahulukan bahagiannya pada saham,dan dialah akan memiliki saham tersebut. Dan saham ini dibenarkan dari segi syariat, kerana padanya itu, menjaga hak dan tidak bercampur antara saham.
v Saham bagi pemegangnya
Ø Ialah, yang menbawa nama pemiliknya, bahkan mana-mana individu yang membawa dokumen ini dia adalah pemegang saham pada syarikat.
PERBEZAAN
Saham ismiyah | Saham bagi pemegang |
siapa yang ada nama dalam syarikat tersebut sahaja yang layak dalam saham itu. Cth: kalau 5 orang, 5 orang itu sahaja yang berhak. | Nama tiada dalam syarikat itu, tapi dia merupakan salah seorang pemegang saham. Cth: syarikat keluarkan 5 orang pemodal,tidak kira nama siapa pun, kemudian kelima-lima ini bukan kawan dia pun, dan dia pon tidak kenal. Syarikat keluarkan dokumen sahaja dan 5 orang ini tadi,mereka jual di bursa saham. Dan 5 orang yang beli bursa saham tadi, berhak untuk bersuara. |
v Saham bertukar tangan
Ø Saham ini boleh bertukar tangan iaitu orang yang kedua yang dipindahkan itu, menjadi pemilik, dan orang yang pertama tidak berhak lagi ke atas dokumen tersebut.
Bentuk-bentuk hak (ms 13)
v Saham kebiasaan
Ø Saham yang sama banyak nilainya diberikan kepada pemegang saham hak-hak yang sama, tiada yang kurang @ terkecuali. Siapa yang beli saham itu dapat semua sama sahaja.
v Saham mumtazah
Ø Diberikan kepada pemegang saham hak-hak yang khusus, tiada kelebihan ini pada saham yang lain, untuk member tarikan kepada banyak yang menyumbang. Hak-hak tersebut ialah:
ü Hak aulawiyat
Orang yang terdahulu untuk mendapat keuntungan dikhususkan saham ini dengan bahagian daripada keuntungan yang tidak kurang 5% daripada nilainya. Tapi saham ini diberikan kepada orang lain dengan keadaan yang sama banyak, tetapi pada dia lebih sikit. Perbezaan tersebut mengikut kepada pekiraan bilangan saham iaitu mengikut kepada bahagian saham tersebut.
ü Hak istifa’
Dia mempunyai hak untuk mendapatkan faedah keuntungan secara tahunan,sama ada untungnya syarikat @ rugi.
(hukumnya batil dari segi syarak, dan tidak harus kerana ada faedah riba’ kerana ada penambahan tanpa ada pertukaran, dan riba’ itu haram kerana boleh ihtimal bahawa syarikat tersebut tidak akan melakukan keuntungan dan menyebabkan member mudhorat kepada pemegang saham yang lain dan menzalimi meraka, dan hak meraka rendah, dan demikian tak sah disisi syarak, firman Allah S.W.T: {dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia baran-barang takaran dan timbangan}
ü Hak isti‘adah
Hak untuk mendapatkan semula modalnya secara penuh ketika mana pembubaran syarikat sebelum member bahagian-bahagian diantara pemegang-pemegang saham yang lain. Dan ini hukumnya tidak harus sebab syarikat ini berada diatas landasan bahaya sama ada untung @ rugi dan kerugian tersebut bergantung kepada modal.
ü Hak pemberian
Hak pemberian orang yang pegang saham mumtazah ini lebih banyak bersuara dalam perbincangan antara mereka. Dan ini juga tidak harus, kerana sama pekongsi-pekongsi pada hak dan juga hak-hak yang sama untuk berikan pandangan mengikut kepada nilai saham tersebut.
ü Diberikan pemberian pemegang saham yang sama hak keutamaan pada penyumbangan ketika mana bertambahnya modal. Dan menberikan saham yang baru.
Pembahagian saham mengikut kepada pengembalian nilai saham ismiyah sebelum habisnya tempoh syarikat @ tidak boleh untuk di kembalikan. (ms 16)
v Saham bagi pemodal
Ø Tidak boleh kepada pengesahan untuk nak minta kembali nilai daripada syarikat, ketika mana syarikat sedang melakukan projek. Inilah yang asal dari nisbah bagi kesemua saham seperti mana yang telah disebutkan oleh undang-undang.
v (اسهم تمتع) Saham bersenang-senang
Ø Iaitu syarikat menggunakan saham tersebut, kemudian memberikan nilai saham tersebut kepada pemegang saham sebelum habisnya tempoh projek bagi syarikat tersebut, tetapi pemegang saham itu tetapmenjadi pekongsi baginya dan berhak untuk mendapatkan keuntungan dan berhak bersuara dalam CEO dan inilah yang dinamakan syarikat(استهلاك الاسهم) habisnya penggunaan saham.
Ø CTH: Syarikat A waktu tengah-tengah projek dilaksanakan,dia boleh ambil kembali modal dia dan dia masih lagi berhak bersuara serta masuh boleh lagi dapat keuntungan.
Ø Penggunaan saham(استهلاك الاسهم) pada keadaan syarikat yang menggunakan saham sedikit demi sedikit seperti contoh syarikat penggali petrol, pada wakru tersebut mereka akan bawa alat-alat untuk menjalankan projek…tidak boleh untuk syariaat tersebut nak memberikan nilai ismiyah bagi saham apabila habisnya projek tersebut. Syarikat mengembalikan nilai ismiyah daripada keuntungan dan kewaspadaan sekira-kira pemegang saham itu akan dapat nilai saham dia sebagai ganti kepada saham tamatuk.
Hukum menggunakan saham pada syariah islamiyah (ms19)
Ikhtilaf ulama’ dalam menetapkan hukum saham ini kepada dua pendapat :
Ø Pendapat pertama mengatakan harus secara mutlak tanpa melihat kepada jenis saham tersebut.
HUJAH
# asal bagi muamalat adalah HARUS dan juga ada padanya syarat-syarat bagi syar’iyah.
# syariat mengharuskan bahagian-bahagian bagi pemodal sama ada sama atau tidak sama, sama juga dengan saham, sama ada sama tersebut lebih umum atau pun berbeza. Dan perbezaan ini jarang ada, dan perkongsian tersebut bertujuan untuk keuntungan dan kerugian.
Berkata SHEIKH SYALTUT : Islam mengharuskan saham syarikat dengan nama mudhorobah dan juga saham mengikut kepada keuntungan dan kerugian syarikat.
# keuntungan tersebut boleh kita perolehi, kadang-kadang dengan duit dan kadang-kadang dengan pekerjaan. Dan tiada langsung daripada perkara riba’ dan syubahah pada pekerjaan ini. Maka muamalah ini hukumnya halal tiada syubahah padanya.
Ø Pendapat kedua berpendapat bahawa haram saham tersebut secara mutlak tanpa membezakan bahagian-bahagiannya.
HUJAH
# saham tersebut sama seperti syarikat yang haram dan juga haram syarikat tersebut disebabkan tidah menyamai dengan kehendak islam, terdapat dua perkara:
· Tidak berlakunya rukun-rukun akad pada syirkah daripada ijab dan qobul. Seolah-olah syarikat ini bermuamalah dengan berseorangan sahaja, bermaksud bukan ambil pandangan yang lain, hanya yang buat pekerjaan tersebut. Memadai dengan seorang sahaja yang member saham, kemudian untuk menjadikan sebagai pekongsi,yang berbaki redho dengan keadaan tersebut (maksudnya tidak boleh bagi komen).
· Tidak berlakunya unsur-unsur penentuan pada syarikat saham. Padahal pada syarikat, islam itu mensyaratkan adanya orang iaitu orang yang buat kerja tersebut. Kalau tiada orang pekerjaan itu tidak sah.
MUNAQOSYAH BAGI PENDAPAT YANG MENGATAKAN SAHAM ITU HARAM
v Pendapat yang mengatakan saham itu haram dan tidak sah langsung kerana rukun-rukun syirkah walaupun ada ijab dan qobul.
Maka IJAB itu ada ketika mana pemberian syarikat ketika mana penyumbangan.
Dan QOBUL, orang yang beli saham itu dipanggil QOBUL.
v Unsur penentuan pun ada juga, kerana pekongsi-pekongsi tersebut memilih antara mereka untuk berada dalam majlis pihak pengurusan sebagai pengganti pengurusan syarikat tersebut.
PENDAPAT YANG DIPILIH (ms 22)
Sekarang ini jelas la bahawa pendapat yang mengharuskan jual beli saham ini hukumnya HARUS. Sekiranya ada penetapan bahawa hukumnya ditentukan secara harus, tanpa membezakan jenis saham dan syarikat. Bahkan lebih utama bagi kita untuk mengikut dengan banyak syarat-syarat, sebab kita lihat banyak diantara syarikat-syarikat yang melakukan muamalah riba’ dan kadang-kadang ada juga saham-saham yang digunakan oleh syarikat untuk tujuan haram seperti contoh syarikat yang keluarkan arak.
PENETAPAN DALAM MENGGUNAKAN SAHAM
(ms 23)
Terdapat 3 penetapan dalam menggunakan saham:
o Syarikat tersebut mestilah syarikat yang halal, klu yang haram tidak boleh.
o Syarikat yang diketahui apa yang dia lakukan.
o Tidak berlakunya perkara yang haram, seperti contoh riba’.
*Alhamdulillah selesai sudah perbincangan tajuk saham. Insyaallah, sama-sama nantikan perbincangan yang akan datang.*
~sekian~
No comments:
Post a Comment