Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi
atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang
berpuasa melainkan Allah s.w.t.
Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka
surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut
bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa
faktor :
1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan
sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang
yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura
lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah
s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)
2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta
penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)
3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati
terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita
kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)
4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf
orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)
5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar
dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.
6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan
jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]
No comments:
Post a Comment