Wednesday, June 20, 2012

:: Bulan sya’ban ::



Bulan sya’ban merupakan bulan kelapan dalam tahun qamariah yang mempunyai 28 hari. Sya’ban bermaksud bercerai-berai dan dinamakan demikian kerana diriwayatkan bahawa dalam bulan ini masyarakat arab bertempiaran ke merata-rata tempat untuk mencari air kesan daripada kemarau yang berpanjangan. Bagi umat islam, bulan sya’ban merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ia ibarat bulan persediaan untuk memasuki bulan ramadhan. Disamping itu, bulan sya’ban juga adalah salah satu bulan ibadat sebagaimana bulan rejab dan ramadhan.

KELEBIHAN BULAN SYA’BAN

Rasulullah S.A.W mengumpamakan kelebihan bulan sya’ban berbanding bulan-bulan lain dengan kelebihan diri Baginda S.A.W berbanding dengan nabi-nabi yang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“keutamaan bulan sya’ban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti kemuliaanku ke atas semua para nabi, manakala keutamaan bulan ramadhan ke atas semua bulan yang lain seperti keutamaan ALLAH S.W.T ke atas hamba-hambanya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi :

“barang siapa yang mengagungkan bulan sya’ban, bertaqwa kepada ALLAH S.W.T , taat kepadaNYA serta menahan diri dari perbuatan maksiat atau derhaka kepadaNYA, maka ALLAH S.W.T mengampun dosanya dan menyelamatkannya dalam suatu tahun dari segala macam bencana dan penyakit.”

Aisyah R.A meriwayat hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Rasulullah S.A.W tidak pernah berpuasa sunat setiap bulan lebih banyak berbanding puasanya di dalam bulan sya’ban. Baginda S.A.W bersabda : beramallah kamu sehari dengan kemampuanmu, sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak pernah bosan (untuk memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan untuk beramal.”

 PERISTIWA DI BULAN SYA’BAN

1.      Malam nisfu sya’ban  pada 14 sya’ban.
Keagungan malam nisfu sya’ban seumpama keagungan bulan rejab dengan malam isra’ mikrajnya dan keagungan bulan ramadhan dengan lailatul qadarnya.

2.      Berlaku penukaran kiblat  dari Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 sya’ban.

3.      Berlaku peperangan bani mustalik.
Pada bulan sya’ban tahun kelima hijrah. Kemenangan berpihak kepada islam. Hanya 10 orang terbunuh manakala yang lain menjadi tawanan termasuklah Barrah (anak perempuan ketua bani mustalik). Rasulullah S.A.W telah mengahwini Barrah  yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwariah. Perkahwinan ini telah member keuntungan yang besar kepada islam kerana selepas itu Bani  Mustalik telah memeluk islam dan memberikan sokongan serta dokongan yang padu kepada perjuangan Baginda S.A.W.


4.      Perang badar yang terakhir.
Pada tahun keempat hijrah, Badar merupakan tempat perniagaan tahunan yang berjalan selama lebih kurang seminggu daripada Bulan Sya’ban. Peperangan ini bertujuan menunaikan janji yang berbentuk cabaran dari Abu Sufian setelah berakhirnya Perang Uhud. Rasulullah S.A.W telah keluar bersama 1500 orang tentera, namun mereka tidak menemui walaupun seorang tentera daripada pihak musuh. Hal ini kerana Abu Sufian terlebih dahaulu telah mengarahkan tenteranya supaya berpatah balik setelah berjalan selama dua malam dengan alas an musim kemarau kurang elok untuk berperang. Justeru itu, tiada sebarang pertumpahan darah yang berlaku.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYA’BAN

Pada malam nisfu sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Apabila selesai menunaikan solat maghrib, disunatkan solat sunat 2 rakaat. Selepas itu, hendaklah dibaca surah yasin sebanyak tiga kali dengan niat yang berbeza-beza.

Disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada ALLAH S.W.T untuk kedua ibu bapa serta keluarga disamping memperbanyakkan bacaan al-quran, bertasbih, bertahmid,berzikir, berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Amat baik dibaca penghulu istiqhfar, zikir dan doa :

اللهم انت ربى لا اله الا انت خلقتنى وانا عبدك وانا على  عهدك ووعدك ما استطعت اعوذ بك من شر ما صنعت ابوء لك بنعمتك علي وابوء بذنبى فاغفرلى فانه لا يغفر الذنوب الا انت

Maksudnya :
“Ya ALLAH, Engakau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau yang menciptakanku, dan aku adalahhambaMU, dan aku berada diatas sumpah dan perjanjianMU menurut semampuku,aku berlindung kepadaMU dari keburukan perbuatanku (dosa), aku mengakui dengan nikmatMU atasku, dan aku mengakui akan dosaku. Maka, ampunilah aku, kerana  sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau”.

Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam nisfu sya’ban merupakan malam yang paling mustajab doanya dan penuh rahmat.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermak sud :

“ ada 5 malam yang tidak ditolak  permintaan (doa) iaitu :

-          Malam pertama bulan rejab
-          Malam nisfu sya’ban
-          Malam jumaat
-          Dua malam iaitu : malam hari raya aidilfitri dan malam hari raya aidiladha.”


Didalam kitab Duratun Nasihin dinyatakan hadith yang bermaksud :

“ Jibril telah dating kepadaku pada malam nisfu sya’ban dan berkata : wahai Muhammad, pada mala mini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangunlah dan kerjakan sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.”  Aku (Rasulullah S.A.W) bertanya : “wahai Jibril, apakah gerangan malam ini ?”  Jibril menjawab : “pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka  ALLAH S.W.T  mengampun semua orang yang tidak menyekutukannya dengan sesuatu melainkan  (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir, tukang tilik, orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang memakan riba, orang derhaka kepada kedua ibu bapanya, orang yang suka mengadu dombadan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan diampun sehingga mereka mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya.”




No comments:

Post a Comment