Monday, May 21, 2012

:: AMALAN BULAN REJAB ::


Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan ini ialah :

1.       Berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W :

فى الجنة نهر يقال له رجب اشد بياضا من اللبن واحلى من العسل, من صام يوما
من رجب سقاه الله تعالى من ذلك النهر

Maksudnya : sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai
Yang disebut SUNGAI REJAB, airnya lebih putih daripada susu dan lebih
Manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan
Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu.

2.       Bersedekah bagi mereka yang lemah atau tidak mampu berpuasa.

3.       Solat sunat mengiringi solat fardu.

4.       Solat sunat dhuha, witir, tahajjud, dan tasbih.

5.       Bertaubat, beristighfar dan berdoa kerana bulan rejab adalah bulan
Pengampunan dan bulan mustajab doa. Sabda Rasulullah S.A.W:

انبوا الى ربكم واستغفروا من ذنوبكم واجتنبوا المعاصى فى الشهر الحرام وهو رجب

Maksudnya: bertaubatlah kamu sekalian kepada tuhanmu dan minta
Ampunlah dari segala dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan
Maksiat di bulan haram iaitu bulan rejab.

Digalakkan bagi orang mukmin beristighfar sebanyak 70 kali atau 100 kali
Sehari sekurang-kurang dengan istighfar.

Digalakkan berdoa untuk ibu bapa pada bulan ini dan digalakkan berdoa dengan
Doa RASULULLAH S.A.W apabila masuk bulan rejab :

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

6.       Berzikir LAILAHAILLALLAH dan ALLAHUAKBAR sebanyak 100 kali
Setiap kali lepas solat subuh dan asar.

7.       Bertasbih dengan tasbih berikut :  

-SUBAHANA ROBBIAL ‘AKLA (100x)
-SUBAHANALLAHI  WABIHAMDIHI, SUBAHANALLAH HIL ‘AZIM (100x)
-SUBAHANALLAHI WALHAMDULILLAH WALAILAHA ILLALLAH WALLAHUAKBAR
  WALAHAULAWALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ‘ALI YIL ‘AZIM (100x)

:: selamat beramal ::

No comments:

Post a Comment