SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika
melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis
setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
(1)
perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di
kepalanya mendidih.
Mereka adalah
perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan
kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana
Baginda juga melihat bagaimana
(5) perempuan digantung buah
dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke
dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain
tanpa keizinan suaminya.
ada pula
ada pula
(6) perempuan diikat dua
kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala
jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan
berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi
junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu
dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat
Selain itu, Baginda melihat
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di
bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah
perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib
orang lain.
Baginda juga melihat
Baginda juga melihat
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting
dari neraka. Mereka adalah
perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan
perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan
badannya pula seperti keldai. Mereka adalah
perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk
anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan
keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
No comments:
Post a Comment